awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pengadil bola sepak tercantik' minta netizen jangan sekadar nilai fizikalnya

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
01/11/2017
11:00 MYT
'Pengadil bola sepak tercantik' minta netizen jangan sekadar nilai fizikalnya
Wajah dan nama Bojar mula tular selepas gambar-gambarnya ketika menjadi penjaga garisan sebuah perlawanan bola sepak disebarkan netizen. - FOTO/IG Karolina Bojar
SEORANG gadis muda yang dilabel pengguna media sosial sebagai pengadil bola sepak tercantik di dunia, Karolina Bojar, meminta agar orang ramai tidak taksub memperkatakan kecantikannya semata-mata.
Sebaliknya, Bojar, seorang warganegara Poland berkata, pembabitan wanita sebagai pengadil sukan yang didominasi kaum lelaki itu perlu dilihat dari sudut positif.
"Wanita mempunyai daya tarikan tersendiri yang boleh memberi ketenangan kepada lelaki. Ia satu perkara positif dalam bola sepak kerana ada masanya, bola sepak boleh menjadi sukan yang agresif dan penuh tekanan," katanya ketika ditemubual sebuah stesen televisyen di negaranya.
"Saya suka menjadi pengadil kerana ia satu cabaran yang besar untuk seorang wanita seperti saya. Selain itu, saya suka perasaan adrenalin dalam perlawanan bola sepak," tambahnya.
Wajah dan nama Bojar mula tular minggu lalu selepas gambar-gambarnya ketika menjadi penjaga garisan sebuah perlawanan bola sepak disebarkan di media sosial.
Pełne skupienie #football #referee #assistantreferee #offside #match #sportygirl fot. @bziolkowski
A post shared by Karolina Bojar (@bojarmeow) on
Jun 14, 2017 at 7:28am PDT
Debiut na A-klasie jako sędzia główna #football #referee #matchday #łączynaspiłka @exekutator
A post shared by Karolina Bojar (@bojarmeow) on
Apr 27, 2017 at 10:58am PDT
W weekend egzaminy sędziowskie i już za niecałe 2 tygodnie ruszają lokalne ligi #ilemożnaczekać #football #referee #lovemyjob #match #yellowcard #zina
A post shared by Karolina Bojar (@bojarmeow) on
Mar 13, 2017 at 9:53am PDT
Kecantikan gadis berusia 20 tahun itu pantas menarik perhatian, namun ia bukan sesuatu yang digemari pelajar jurusan undang-undang di sebuah universiti di Krakow itu.
Ditanya bagaimana dia mengendalikan perlawanan, kata Bojar, dia cuba membina hubungan yang baik dengan pemain untuk memastikan adanya rasa saling menghormati antara mereka.
"Saya cuba berkomunikasi sebaik mungkin dengan mereka dan tidak akan merendahkan mereka. Setakat ini ia berkesan untuk mencipta situasi yang lebih terkawal di atas padang," katanya.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Karolina Bojar
#pengadil
#penjaga garisan
#poland
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan