GAYA HIDUP
Pengantin diculik untuk dikahwini antara adat pelik perkahwinan dunia
Bila disebut tentang perkahwinan tentu kita sudah terfikir mengenai rumitnya memilih warna pelamin, penatnya bersiap pada malam berinai dan remehnya nak membeli barang-barang hantaran.
Jika anda fikir adat perkahwinan di Malaysia merumitkan dan banyak belanja, pernahkah anda cuba melihat bagaimana adat dan cara perkahwinan di luar negara?
Sekurang-kurangnya di negara kita tidak ada adat menculik pengantin perempuan seperti di Kyrgyzstan.
Kyrgyzstan atau dikenali sebagai Republik Kyrgyz merupakan sebuah negara di Asia Tengah.
Islam merupakan agama utama di negara itu dengan kebanyakan mereka bermazhab Hanafi.
Di sana, pengantin perempuan yang diculik untuk dikahwini tidak diizinkan pulang ke pangkuan keluarga sendiri.
Jika anda rasakan perempuan-perempuan di sana malang diperlakukan begitu, sebenarnya mereka lebih bersifat redha dengan apa yang mereka harus lalui.
Diculik untuk dikahwini tandanya wanita itu berharga.
Video dokumentari di bawah menunjukkan pengantin lelaki, Kubanti dalam misinya menculik wanita bernama Nazgul untuk menjadikan wanita itu teman hidupnya.
Pengantin perempuan itu pula perlu menangis selama satu jam setiap hari.
10 hari kemudian, ibu pengantin perempuan akan menyertainya dan 10 hari selepas itu giliran neneknya pula untuk bersama-sama menangis.
Adat ini sebenarnya bertujuan sebagai tanda kegembiraan dan kasih sayang yang mendalam.
Sebaik sahaja berkahwin, mereka tidak dibenarkan meninggalkan rumah selama tiga hari tersebut.
Pelik bukan? Malah ketika majlis perkahwinan berlangsung, pasangan pengantin hanya boleh makan dan minum dalam kuantiti yang sedikit.
Orang Tidong percaya jika adat ini diingkari akan membawa nasib malang kepada rumahtangga pasangan berkenaan.
Selepas tiga hari, mereka boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

tidong wedding
Adat perkahwinan orang Tidong, Indonesia
Amalan perkahwinan kanak-kanak di luar bandar India bukanlah sesuatu yang baru kita dengar.
Budaya itu sudah berakar umbi dalam nilai-nilai budaya dan struktur sosial negara tersebut.
Walaupun undang-undang melarang perkahwinan kanak-kanak, amalan ini masih berleluasa di kebanyakkan rantau di sana.
Dianggarkan bahawa di beberapa bahagian di India seperti di negeri Rajasthan, hampir 80 peratus daripada perkahwinan adalah antara kanak-kanak perempuan di bawah umur 15 tahun.
Paling ketara adalah amalan memakai pakaian yang mewah dan menonjol oleh pengantin perempuan.
Pengantin dan keluarga mereka akan bersaing untuk memakai pakaian yang paling cantik dan kadang-kala beratnya lebih daripada pengantin perempuan itu sendiri.
Gambar menarik tentang adat pelik perkahwinan seluruh dunia boleh lihat di ruangan galeri foto di sini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami