GAYA HIDUP
Peniaga didakwa 'ludah' durian akan dipanggil beri keterangan

Polis memaklumkan tindakan akan diambil jika terbukti dia melakukan perbuatan tersebut. - Sumber Foto/Facebook
TINDAKAN seorang peniaga yang didakwa meludah pada buah durian yang dijualnya bukan sahaja menerima kecaman netizen, tetapi turut menarik perhatian pihak berkuasa untuk membuat siasatan.
Video itu mula tersebar sejak petang semalam dan dipercayai berlaku di sebuah gerai menjual durian di Gombak.
Dalam video berdurasi kira-kira 1 minit 50 saat itu, peniaga itu dilihat seolah-olah meludah pada ulas buah durian yang sudah siap dikeluarkan.
Namun begitu, ada juga yang mendakwa perbuatan peniaga itu bukanlah meludah, sebaliknya hanya meniup untuk membersihkan kotoran pada ulas durian itu.
Netizen bagaimanapun menganggap ia (meniup) tetap satu perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bersifat tidak bersih (hygienic).
Portal Harian Metro melaporkan, pihak polis bersama Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah turun membuat tinjauan, namun peniaga itu dilaporkan sudah tiada di lokasi berkenaan.
Peniaga itu dijangka akan dipanggil polis untuk memberi keterangan dalam masa terdekat dan polis memaklumkan tindakan akan diambil jika terbukti dia melakukan perbuatan tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami