Pengasas bersama Microsoft dan seorang dermawan, Bill Gates mengatakan pada Selasa bahawa dunia perlu komited untuk menghapuskan baki kes polio dan akhirnya membasmi terus penyakit tersebut meskipun kekurangan bantuan kewangan dan diancam keganasan ketika usaha vaksinasi.
Gates, bercakap dalam satu temu bual dengan AFP semasa lawatan beliau ke Ghana, menangkis kritikan dari mereka yang berkata bahawa usaha tersebut dan wang lebih baik dibelanjakan untuk perkara lain.
Gates bertegas menentang sebarang usaha keterbelakang dalam memastikan kejayaan usaha itu.
Bilangan jangkitan polio di seluruh dunia turun kepada 223 kes pada tahun 2012 berbanding kepada 360,000 kes pada tahun 1988, apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan kempen untuk menghapuskan penyakit yang sangat mudah berjangkit dan menyebabkan lumpuh kepada pengidapnya.
"Hanya untuk mencegahnya untuk 100,000 (kes) setahun, anda akan membelanjakan lebih banyak wang," kata Gates yang disenaraikan oleh Forbes sebagai individu kedua terkaya di dunia serta dermawan paling pemurah.
"Oleh itu sesiapa yang berfikir untuk mengabaikan usaha memerangi penyakit polio menjimatkan wang, anda sebenarnya tidak menjimatkan wang," tambah Gates.
Ketika ini hanya tiga negara masih dianggap cenderung diserang wabak itu - Nigeria, Afghanistan dan Pakistan namun usaha dihambat oleh krisis dan pemberontakan.
Di Nigeria, sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam serangan ke atas dua pusat vaksinasi oleh pemberontak di utara negara itu pada Februari.
Manakala sekurang-kurangnya 20 orang telah terbunuh dalam serangan di Pakistan sejak Disember.
Gates berkata kempen global untuk menghapuskan penyakit polio kini menelan belanja kira-kira RM900 juta setahun, dengan cadangan pelan enam tahun baru untuk menghapuskan penyakit yang akan dibincangkan pada Global Vaccine Summit di Abu Dhabi pada 24 dan 25 April.
"Jika anda hanya ingin memastikan jumlah kes kekal kepada 100,000(kes), perbelanjaan anda mungkin boleh menurun kepada RM500 juta setahun," kata Gates.
Gates, yang merujuk kepada kemerosotan ekonomi, negara penderma berkata "Ia adalah satu masa yang sangat sukar untuk mendapatkan wang," tetapi beliau kekal yakin mampu terus menyumbang untuk membasmi penyakit.
"Dalam usaha untuk pembasmian, terdapat beberapa cara untuk mengatasi halangan," kata Gates, yang berada di Ghana dalam lawatan ke pusat kesihatan.
"Wabak boleh terjadi di mana-mana bahagian di Afrika, jadi kita memerlukan sumber untuk mengatasinya."
Gates juga dikatakan akan melawat Nigeria minggu ini, tetapi dia membatalkan perjalanannya yang mana telah menimbulkan spekulasi hebat.
Yayasan Gates bagaimanapun berkata menafikan laporan tersebut dan berkata bahawa perjalanan telah ditangguhkan disebabkan perubahan jadual tanpa memberikan butiran lanjut.
Walaupun dengan bilangan tertinggi rakyat yang menolak vaksin, Nigeria masih komited untuk menghapuskan penyakit polio.
AFP
Wed Mar 27 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'Bill Gates kenal Dolly Chaiwala, Dolly Chaiwala tak kenal Bill Gates' - Netizen
Gates dipercayai singgah menikmati teh susu Dolly sewaktu hadir ke majlis praperkahwinan anak orang terkaya Asia yang diadakan selama tiga hari di India.
AI akan ubah kehidupan manusia dalam masa lima tahun, kata Bill Gates
Bill Gates percaya sejarah menunjukkan setiap teknologi baharu hadir ketakutan dan menyusul dengan peluang baharu.
Twitter mula buang tanda pengesahan biru, Bill Gates dan Kim Kardashian antara 'mangsa'
Twitter pada Khamis mula membuang tanda pengesahan daripada beribu-ribu akaun, termasuk akaun tokoh terkenal.
Gates syor cipta benih ajaib tangani isu perubahan iklim
Apa yang diperlukan katanya, adalah inovasi dalam teknologi pertanian yang boleh membantu memulihkan krisis tersebut.
MBKM, agensi berkaitan perlu lebih giat majukan industri penerbitan buku - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu budaya membaca dalam kalangan rakyat di negara ini dipupuk secara berterusan.
Amaran Bill Gates tentang wabak, serangan cacar jadi kenyataan
Gates menyarankan pemerintah melabur puluhan bilion dolar untuk R&D yang didakwa bakal menelan kos yang tinggi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Mei 2022.
COVID-19: Bill Gates nafi suntikan vaksin boleh jejak manusia
Gates sentiasa menafikannya tetapi penafian yang dilakukan itu belum cukup untuk memadamkan teori tersebut.
COVID-19: Pandemik terburuk, lebih dahsyat mungkin melanda dunia - Bill Gates
Gates beri amaran kemungkinan terdapat varian "lebih mudah tersebar dan lebih berbahaya" berbanding varian Delta dan Omicron."
Bebas karbon: Negara kaya perlu main peranan - Bill Gates
Negara-negara kaya perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan penghasilan produk teknologi hijau di peringkat global.