GAYA HIDUP
Pereka fesyen ikonik, Valentino Garavani meninggal dunia pada usia 93 tahun
Valentino dikenali dengan gaun mewah berwarna "Valentino Red" dan rekaan elegan yang abadi, menarik tokoh ternama seperti Jackie Kennedy Onassis dan Julia Roberts. - Foto REUTERS
ROM: Pereka fesyen tersohor Itali, Valentino Garavani - figura yang sinonim dengan gaun mewah berwarna “Valentino red” meninggal dunia di kediamannya, di sini, pada Isnin.
Ringkasan AI
Mendiang berusia 93 tahun.
Berita pemergiannya disahkan Yayasan Valentino Garavani menerusi satu kenyataan di media sosial yang menyifatkan legenda fesyen itu sebagai “sumber cahaya, kreativiti dan visi” sepanjang hayatnya.
Menurut yayasan itu, jasad Valentino akan ditempatkan di ibu pejabat yayasan di Rom pada Rabu dan Khamis untuk penghormatan terakhir, sebelum upacara pengebumian diadakan Jumaat di Basilika Santa Maria degli Angeli e dei Martiri, Piazza della Repubblica.
Dikenali di seluruh dunia hanya sebagai Valentino, beliau menjadi pilihan ramai tokoh ternama termasuk Jackie Kennedy Onassis, Julia Roberts dan Ratu Rania dari Jordan yang sering memuji sentuhan magisnya dalam menyerlahkan keanggunan mereka.
“Saya tahu apa yang wanita mahukan - mereka mahu kelihatan cantik,” katanya suatu ketika dahulu.
Sepanjang hampir lima dekad kerjayanya, Valentino terkenal dengan rekaan elegan dan abadi, jauh daripada trend keterlaluan yang sering berubah-ubah.
Raja karpet merah
Gaun rekaan Valentino sering mendominasi acara berprestij, terutama Anugerah Akademi.
Antara penampilan paling ikonik ialah gaun hitam dan putih vintaj yang dipakai Julia Roberts ketika memenangi Pelakon Wanita Terbaik pada 2001 serta busana sutera kuning lembut yang digayakan Cate Blanchett ketika memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada 2004.
Beliau juga mereka busana perkahwinan Jacqueline Kennedy ketika berkahwin dengan Aristotle Onassis pada 1968 - satu lagi momen bersejarah dalam dunia fesyen.
Puteri Diana turut menjadi antara sahabat rapat dan peminat setia rekaan Valentino.
Gaya hidup mewah seorang legenda
Sentiasa tampil bergaya dan berkulit tampak keemasan, Valentino menjalani kehidupan penuh glamor seiring status pelanggan-pelanggannya.
Beliau memiliki kapal layar sepanjang 46 meter, koleksi seni termasuk karya Picasso & Miro serta sebuah istana abad ke-17 berhampiran Paris yang terkenal dengan taman mengandungi lebih sejuta kuntum mawar.
Perjalanan karier: Dari Voghera ke pentas dunia
Dilahirkan di Voghera pada 11 Mei 1932, minatnya terhadap fesyen tercetus daripada kecintaan terhadap dunia perfileman.
Selepas menuntut dalam bidang fesyen di Milan dan Paris, Valentino bekerja bersama Jean Desses dan Guy Laroche pada era 1950-an sebelum menubuhkan Rumah Fesyen Valentino di Via Condotti, Rom pada 1959.
Kerjaya mendiang berkembang pesat menerusi jaringan pelanggan kelas atasan dengan pesona dan karisma tersendiri.
Selepas beberapa cabaran kewangan awal, empayar fesyennya berkembang menjadi antara jenama paling berpengaruh di dunia dan sangat disenangi oleh pelanggan-pelanggan ternama seperti Gina Lollobrigida, Sophia Loren, Elizabeth Taylor dan Audrey Hepburn.
Legasi berpanjangan
Valentino bersara pada 2008, meninggalkan legasi besar dalam industri.
Rumah fesyennya kemudian diterajui beberapa pengarah kreatif termasuk Maria Grazia Chiuri dan Pier Paolo Piccioli, yang membawa jenama itu melalui era kegemilangan baharu.
Jenama Valentino kini dimiliki oleh Mayhoola dari Qatar (70 peratus) dan Kering dari Perancis (30 peratus).
Valentino turut diabadikan dalam beberapa pameran retrospektif serta dokumentari popular “Valentino: The Last Emperor” (2008).
Pada 2011, beliau melancarkan muzium maya menampilkan 300 koleksi ikoniknya. - Agensi
Ringkasan AI
- Pereka fesyen Itali terkenal, Valentino Garavani, meninggal dunia di usia 93 tahun di kediamannya.
- Valentino dikenali dengan gaun mewah berwarna "Valentino Red" dan rekaan elegan yang abadi, menarik tokoh ternama seperti Jackie Kennedy Onassis dan Julia Roberts.
- Legasi Valentino terus hidup melalui jenama fesyen yang popular, dimiliki oleh Mayhoola dari Qatar dan Kering dari Perancis, serta dipamerkan dalam dokumentari dan muzium maya.