GAYA HIDUP
Pergaduhan di KTM Bank Negara, benar atau sekadar lakonan?
Sebuah video yang memaparkan pergaduhan di hadapan KTM Bank Negara menjadi viral sejak semalam.

Video berdurasi 3 minit itu dimuat naik oleh Facebook Sukan Star TV dan dikongsikan lebih 9 ribu kali dalam tempoh 15 jam.
Perselisihan dikatakan berlaku apabila pemandu Myvi kuning hampir terlanggar satu lagi Myvi berwarna putih. Berang dengan perkara itu, pemandu Myvi putih bertindak menghalang laluan.
Pertelingkahan lidah bertukar fizikal apabila pemandu Myvi putih tidak berpuas hati melihatkan rakan pemandu Myvi kuning merekodkan insiden itu.
Video tersebut merupakan kompilasi rakaman beberapa buah kamera yang berlainan.
Kelihatan beberapa orang yang berada di sekeliling dan memerhatikan pergaduhan turut merekodkan kejadian menggunakan telefon pintar masing-masing.
Segelintir pengguna Facebook berpendapat, video ini bukannya benar dan adalah lakonan semata. Tujuannya bagi membuktikan rakyat Malaysia lebih gemar menjadikan sesuatu perkara viral berbanding membantu meredakan pergaduhan.
Andaian itu disimpul berdasarkan pemerhatian terhadap fokus kamera yang tertumpu kepada orang sekeliling yang merakam. Sudut kamera tersembunyi sekitar pengakhiran video juga boleh dipersoalkan.