[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
LIFESTYLE

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Asyraf Roslan 31/05/2019 | 02:51 MYT
Periuk kera merupakan antara tumbuhan yang terancam dan menurut @ZoologiMY, Periuk Kera merupakan mangkuk tandas buat haiwan mamalia seperti Kelawar dan juga tupai - Gambar @ZoologiMY
DALAM pelbagai juadah pada musim perayaan Aidilfitri, hidangan lemang periuk kera antara yang menjadi bahan perbualan sejak beberapa tahun lalu.
Lemang periuk kera dikatakan lebih enak berbanding lemang buluh yang sudah menjadi kebiasaan dihidangkan
Juadah ini dimasak dalam kelongsong periuk kera atau nama saintifiknya Nepenthes Mirabilis dan sangat popular di negeri Pahang dan Johor.
Namun di sebalik populariti lemang itu, barangkali ramai yang tidak tahu bahawa tumbuhan periuk kera sedang mengalami ancaman.
Dan apa yang wajar diketahui juga, periuk kera merupakan mangkuk tandas buat haiwan mamalia seperti Kelawar dan juga tupai.
Perkara itu didedahkan oleh akaun Twitter rasmi @ZoologiMy yang menyifatkan menghidangkan lemang periuk kera di hari raya bukan pilihan yang bijak.
"Lemang Periuk Kera, bukan pilihan yang bijak untuk musim perayaan," kata @ZoologiMY.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Satu kajian baru yang dilakukan oleh sekumpulan saintis dari Universiti Brunei Darussalam ( UBD) mendapati tumbuhan karnivor ini bertahan kerana kotoran daripada kelawar.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kelawar Hardwicke dikatakan menjadikan tumbuhan tersebut sebagai tempat tinggalnya dan periuk kera meraih sumber nutrien pentingnya daripada kotoron mamalia tersebut.
Periuk kera yang dikunjungi oleh kelawar mempunyai lebih banyak nitrogen di dalam daun mereka berbanding tumbuhan kawalan.
Malah, najis kelawar boleh menyumbang sekurang-kurangnya 34 peratus daripada keperluan nutrien untuk periuk kera.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jadi adakah anda mahu menikmati lemang periuk kera di musim perayaan ini?
#hari raya #Juadah Raya #kelawar #lemang #lemang periuk kera #Periuk Kera #Tupai #ZoologiMY