awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjanjian praperkahwinan anak sulung David Beckham bernilai RM16 juta

Agensi
Agensi
08/04/2022
12:12 MYT
Perjanjian praperkahwinan anak sulung David Beckham bernilai RM16 juta
Brooklyn dan Nicola akan berkahwin pada 9 April ini. - Instagram/Brooklyn Beckham
ANAK sulung David dan Victoria Beckham, Brooklyn dan tunangnya, pelakon Nicola Peltz, dilaporkan telah menandatangani perjanjian praperkahwinan bernilai 3 juta pound (RM16 juta), menjelang majlis perkahwinan mereka, esok.
Ia merupakan sebahagian daripada persiapan perkahwinan pasangan itu yang akan berlangsung di rumah agam milik keluarga Peltz di Palm Beach, Florida.
Mail Online melaporkan perjanjian itu dibuat untuk melindungi kekayaan Beckham yang dikatakan bernilai 380 juta pound (RM2.9 bilion).
Namun kekayaan keluarga Beckham disifatkan 'kerdil' berbanding yang dimiliki Peltz.
Peltz merupakan anak perempuan Nelson Peltz, seorang ahli perniagaan yang dilaporkan memiliki aset bernilai lebih 1.3 bilion pound (RM7 bilion).
Putera Harry dan isteri, Meghan Markle disebut-sebut antara tetamu yang bakal hadir dalam majlis perkahwinan itu.
David dan Victoria berkawan rapat dengan Harry dan Meghan, malah turut menghadiri majlis perkahwinan mereka di Istana Windsor pada 2018.
Topic Berkaitan
#Brooklyn Beckham
#David Beckham
#Victoria
#Nicola Peltz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan