Sepanjang 2019, PETRONAS telah menyentuh kehidupan rakyat Malaysia menerusi enam filem pendek bertemakan perayaan yang mencuit hati serta meruntun jiwa.
Bagi melabuhkan tirai 2019, PETRONAS sekali lagi tampil dengan idea kreatif menerusi penghasilan filem web berjudul ‘The Perfect Wedding’.
Bagi pengarah ‘The Perfect Wedding’, Ismail Kamarul filem web penutup tirai 2019 PETRONAS mengetengahkan tema semangat kebersamaan dan raikan cinta.
“Mesej yang ingin saya sampaikan ialah walaupun mengharungi masa-masa yang susah atau senang, apa yang penting ialah kita semua bersatu sebagai rakyat Malaysia dan kita adalah anugerah buat satu sama lain.
“Itulah mesej utama yang ingin kami sampaikan dalam filem web ini sempena tahun baharu ini,” kata Ismail selepas majlis pelancaran filem web tersebut di ibu kota pada Jumaat.
Ismail yang tidak asing dalam penghasilan karya kreatif petronas menjelaskan ‘The Perfect Wedding’ menggabungkan karakter daripada enam filem web yang pernah dihasilkan PETRONAS tahun ini.
Ia sekali gus merupakan kesinambungan bagi jalan cerita keenam-enam filem pendek dan menerusi filem web ini, ia mengambil ilham dengan latar belakang satu majlis perkahwinan.
“Kelainan yang paling ketara ialah kita dapat tengok semua watak kami dalam satu filem.
“Sebelum ini kami nampak ‘cameo’ sahaja. Sebagai contoh, filem web ini menampilkan ayah Soraya untuk sekejap atau Aunty Jayanthy dari Rendang SoRaya tapi dalam ‘The Perfect Wedding’ ini kami dapat lihat semua watak Bersama-sama dalam satu filem.
“Jadi itu merupakan kelainan yang paling ketara dalam filem penutup tirai ini,” katanya lagi.
Antara yang membintangi ‘The Perfect Wedding’ termasuk Lee Zi Qi, Elvin Romeo, Christina Juliet G. Pancras, Tanesh Vijayagomaran dan Fiza Thomas.
Bagi anda yang ingin mengetahui kesudahan filem pendek ini, the perfect wedding kini boleh mula ditonton di laman YouTube rasmi PETRONAS.
Pada masa sama, PETRONAS turut menghasilkan filem web ini dalam bentuk iklan yang akan disiarkan di pawagam untuk dua minggu bermula 26 Disember lalu.
Isabelle Leong
Sat Dec 28 2019
Ismail (dua dari kanan) bersama-sama pelakon filem web 'The Perfect Wedding'.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
PETRONAS tutup tirai 2019 dengan filem web 'The Perfect Wedding'
Bagi melabuhkan tirai 2019, PETRONAS sekali lagi tampil dengan idea kreatif menerusi penghasilan filem web berjudul 'The Perfect Wedding'.