Kerajaan negeri perlu menaik taraf pusat jualan kek lapis dan ikan terubuk masin di sekitar Kampung Boyan, Kuching.
Ia sekali gus menjadi pelengkap destinasi pelancongan wajib singgah yang tidak dapat dilupakan apabila berada di bandaraya berkenaan.
Tinjauan Astro AWANI mendapati, rata-rata pengunjung berpendapat, sesuatu boleh dilakukan untuk menjadikan lokasi itu lebih dikenali.
Bagi pengunjung, Almirulita Mohd Yusoff berkata, destinasi itu boleh menjadi lebih terkenal dengan perancangan pelan pembangunan dan promosi tersusun.
"Ini kali pertama saya datang sini dan nampaknya ia masih lagi terpencil. Harapan semoga kerajaan negeri dapat melakukan sesuatu di sini selepas pilihan raya ini.
"Kerajaan negeri boleh bangunkan lagi kawasan ini kerana ia merupakan tempat tumpuan, ada kek lapis, ada terubuk dan lokasinya memang di tengah bandar sebenarnya," katanya.
Kampung Boyan terletak di tempat yang amat strategik di pusat Bandaraya Kuching.
Lokasinya betul-betul mengadap segitiga emas Kuching dan berhampiran dengan hotel lima bintang, pusat membeli belah terkemuka di negeri itu.
Kebiasaannya, pelancong hanya memerlukan satu ringgit untuk satu trip menyeberang Sungai Sarawak dari jeti di Kampung Boyan sendiri.
'Gondola of the East' atau lebih dikenali sebagai 'tambang' oleh penduduk tempatan merupakan teksi air yang digunakan sejak sekian lama untuk menyeberang sungai berkenaan.
Dalam pada itu, pemandu pelancong, Shahminan Anuar menjelaskan, lokasi itu harus dinaik taraf seiring menjadi tempat kemegahan rakyat negeri itu.
"Saya memang membawa pelancong dari semenanjung. Ini memang tempat tumpuan mereka kalau ke Kuching.
"Kampung Boyan ini memang jadi tumpuan pelancong untuk terubuk dan kek lapis, memang benar-benar berharap kerajaan dapat naik taraf kawasaan tarikan pelancong ini," jelasnya.
Nada sama diluah peniaga ikan terubuk masin, Hamdini Peleh yang mahu penyelesaian segera daripada kerajaan negeri selepas pilihan raya negeri (PRN).
"Tetapi harapan kita ada perubahan selepas pilihan raya ini. Kita minta pihak berkenaan dapat membantu peniaga-peniaga kecil macam kami semua. Penyelesaian seharusnya diambil," ujarnya.
Bagaimanapun, peniaga kek lapis, Rodziah Sajat berpendapat, hasil jualannya meningkat lebih-lebih lagi menjelang hari pengundian PRN 7 Mei depan.
Rodziah juga tidak mengadu berasa kesal dengan fasiliti kerajaan di premis-premis jualan di sekitar tebing sungai di Kampung Boyan.
"Sekarang ini bisnes semakin meningkat dan pengunjung juga lebih ramai. Saya harap lebih perniagaan lebih maju lagi. Sebelum ini biasa aje, berbeza pada musim pilihan raya ini," katanya.
Antara kek lapis Sarawak yang terkenal di Kampung Boyan adalah Kek Lapis Ayath, Mira Cake House, Kek Lapis Sarawak Afifi dan Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah.
Wan Syamsul Amly
Tue Apr 26 2016
Tinjauan Astro AWANI mendapati, rata-rata pengunjung berpendapat, sesuatu boleh dilakukan untuk menjadikan lokasi itu lebih dikenali.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Kilang kopi musnah dalam kebakaran di Taiping
Kilang tersebut musnah terbakar sebanyak 80 peratus dan anggota bomba mengambil masa kira-kira lapan jam bagi memadamkan api.
Pilihan Raya Sarawak: Naik taraf destinasi pelancongan Kampung Boyan
Kerajaan negeri perlu menaik taraf pusat jualan kek lapis dan ikan terubuk masin di sekitar Kampung Boyan, Kuching.