Memang perlu diakui – tiada siapa pun yang suka meminjam wang, namun kadangkala situasi kehidupan meninggalkan kita tanpa sebarang pilihan.
Sama ada hendak digunakan bagi tujuan pelaksanaan projek pengubahsuaian rumah, pembaikian kereta, membiayai kos perubatan yang timbul mendadak, mahupun untuk situasi kecemasan lain yang tidak diduga, sebuah pinjaman peribadi boleh menjadi penyelamat ketika anda memerlukan wang tambahan.
Kini, anda boleh memohon pinjaman peribadi secara online.
MESTI BACA: 10 pekerjaan paling lumayan di Malaysia untuk 2016
MESTI BACA: 3 kaedah melangsaikan hutang dengan pantas
MESTI BACA: 6 sebab permohonan pinjaman perumahan anda ditolak
Namun, pinjaman sebegini tidak harus dilakukan sesuka hati, sebaliknya belanjawan untuknya perlu diperuntukkan serta dirancang terlebih dahulu, supaya anda tahu bagaimana untuk menguruskan pembayaran semula pinjaman tersebut.
Di bawah merupakan panduan pinjaman peribadi daripada kami.
Ia memuatkan semua maklumat terkini bagi tahun 2016 untuk membantu anda memilih pinjaman peribadi yang paling sesuai sebelum anda membuat permohonan.
1. Pinjaman peribadi yang paling cepat diluluskan
Ada masanya kehidupan memberikan kita kejutan, dan kejutan tersebut mungkin muncul dalam bentuk kecemasan kewangan. Jika anda berhadapan dengan situasi seperti ini, terdapat pinjaman peribadi yang dapat diluluskan dengan segera. Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang pemerolehan dana untuk kecemasan yang tiba-tiba berlaku. Pinjaman peribadi yang paling cepat diluluskan ialah:
Mengapa ia pemenang: Proses permohonannya sehabis ringkas dan mudah. Tambahan pula, dengan syarat pendapatan serendah RM1,500, pinjaman ini boleh dimohon oleh graduan baru yang mungkin memerlukan bantuan kewangan dengan kadar segera.
Anda perlu menjadi warganegara Malaysia untuk layak memohon pinjaman ini.
Kekurangannya: Pinjaman peribadi ini ialah dalam kalangan yang mengenakan kadar faedah tertinggi di pasaran. Yuran duti setem sekali bayar pada kadar 0.5% turut dikenakan apabila memohon pinjaman ini.
Anda juga perlu membayar penalti sejumlah RM200 sekiranya anda melangsaikan hutang pinjaman dalam tempoh 6 bulan pertama dari tarikh kelulusan pinjaman, jadi anda tidak dapat lari daripada membayar faedah walaupun anda dapat melangsaikan hutang lebih awal.
Sebaliknya, caj sebanyak 1% daripada jumlah baki pinjaman akan dikenakan untuk pembayaran ansuran. Anda turut memerlukan satu akaun terpaut.
2. Pinjaman peribadi dengan kadar faedah terendah
Jika masa menyebelahi anda, anda wajar mencari pinjaman peribadi yang mempunyai kadar faedah yang terendah. Kadar faedah yang lebih rendah bermakna kos pinjaman anda juga menjadi lebih rendah.
Sebagai contoh, pinjaman peribadi dengan kadar faedah 7.00% membawa kos berjumlah RM6,288 untuk tempoh tiga tahun bagi pinjaman berjumlah RM30,000, sementara pinjaman dengan kadar faedah 12.00% pula membawa kos RM10,788 untuk tempoh yang sama.
Setelah kami meneliti pakej-pakej pinjaman peribadi yang ada, pinjaman peribadi dengan kadar faedah terendah ialah:
Mengapa ia pemenang: Pinjaman ini menawarkan antara kadar faedah terendah di pasaran. Ia juga memberi tempoh pinjaman maksimum selama 10 tahun, oleh itu anda mempunyai banyak masa untuk mewujudkan strategi kewangan bagi pembayaran ansuran pinjaman anda.
Kekurangannya: Jangan sandarkan harapan pada pinjaman ini sekiranya anda memerlukan wang segera kerana masa yang diambil untuk memproses permohonan pinjaman anda ialah sehingga lima hari bekerja.
Pinjaman ini juga meletakkan syarat pendapatan minimum sebanyak RM3,500 sebulan yang boleh dianggap agak tinggi jika dibandingkan dengan perkhidmatan pinjaman lain yang ditawarkan di pasaran.
Caj sebanyak 1% daripada jumlah baki pinjaman dikenakan untuk pembayaran ansuran yang lewat.
3. Pinjaman peribadi dengan syarat pendapatan yang paling rendah
Kebanyakan bank lebih gemar menawarkan pinjaman kepada golongan yang berpendapatan tinggi atau yang mempunyai situasi kredit yang sihat. Namun, bagaimana pula dengan individu berpendapatan rendah yang memerlukan pinjaman peribadi untuk membantu di waktu kecemasan atau untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan?
Mujurlah terdapat bank yang tetap menjaga kebajikan individu yang berpendapatan rendah atau sederhana.
Mengapa ia pemenang: Pinjaman Agrobank AgroCash-i menyediakan pinjaman bagi pengguna terutamanya untuk aktiviti pertanian dan berasaskan agro. Pelaksanaan produk ini berasaskan transaksi Tawarruq, yang membolehkan pelanggan memperoleh dana kewangan dengan lebih mudah dan cepat.
Produk ini ternyata mempunyai kelebihan, di mana ia bukan sahaja mengenakan antara kadar faedah yang terendah di pasaran, ia juga menawarkan tempoh pinjaman maksimum sehingga sepuluh tahun. Ini bermakna anda boleh menikmati jumlah pembayaran balik bulanan yang lebih rendah sekiranya anda memanjangkan tempoh pinjaman anda.
Tambahan pula, dengan syarat pendapatan yang rendah iaitu hanya RM1,000, pakej ini adalah penyelesaian terbaik untuk mereka yang memerlukan bantuan kewangan.
Kekurangannya: AgroCash-i mempunyai tempoh pemprosesan yang lama iaitu sehingga 5 hari. Jadi ia bukanlah pilihan terbaik jika anda memerlukan wang dengan kadar yang segera.
Pinjaman ini hanya terbuka kepada pegawai kerajaan atau pekerja di GLC. Kakitangan kerajaan kontrak perlu mengemukakan seorang atau lebih daripada seorang penjamin yang bekerja sebagai pegawai kerajaan yang tetap.
Di samping itu, anda juga perlu membayar RM50 untuk setiap transaksi tawarruq. Ini tertakluk kepada 6% GST.
4. Pinjaman peribadi dengan tempoh pinjaman terpanjang
Tempoh pembayaran balik pinjaman yang lebih panjang bermaksud jumlah pembayaran bulanan anda lebih rendah. Ciri ini paling sesuai bagi mereka yang ingin meminjam sejumlah wang yang banyak tetapi hanya mampu membuat pembayaran balik dalam jumlah yang kecil sahaja setiap bulan.
Namun, sejak bulan Julai 2013, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan tempoh pinjaman maksimum selama 10 tahun bagi pinjaman peribadi. Oleh itu, 10 tahun ialah tempoh terpanjang yang boleh dijumpai untuk kategori ini.
Mengapa ia pemenang: Pinjaman ini menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM150,000 meskipun syarat pendapatan yang dikenakan adalah rendah. Ini juga merupakan salah satu daripada pakej yang ada di pasaran yang menawarkan tempoh pembayaran balik pinjaman sehingga 10 tahun, iaitu tempoh maksimum yang telah ditentukan oleh BNM untuk pinjaman peribadi.
Walaupun demikian, pinjaman ini tidak memerlukan penjamin atau apa-apa bayaran pendahuluan. Sekiranya gagal membuat pembayaran, peminjam akan dikenakan bayaran 1% setiap tahun atas jumlah baki bayaran bulanan semasa tempoh pinjaman.
Kekurangan: Tempoh kelulusan yang lama mungkin membawa kesulitan bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan dengan kadar segera.
Anda juga dikehendaki menjelaskan duti setem sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman.
5. Pinjaman peribadi dengan jumlah pinjaman tertinggi
Walaupun anda mungkin berasa yang anda sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan kewangan, kehidupan kadangkala membawa kita mengharungi situasi yang tidak pernah diduga.
Perbelanjaan yang tidak dirancang memang boleh terjadi tanpa jangkaan. Sebagai contoh, ahli keluarga anda mungkin tiba-tiba jatuh sakit dan memerlukan rawatan segera yang menelan kos perbelanjaan yang tinggi.
Apabila berhadapan dengan kecemasan kewangan, anda bukan sahaja memerlukan pinjaman yang boleh memberikan dana dengan pantas, jumlah pinjaman tersebut juga harus mencukupi untuk membolehkan anda menghadapi situasi yang sukar. Pinjaman peribadi MAC I.O.U menggabungkan kedua-dua ciri ini untuk menolong anda di saat-saat yang mencabar.
Mengapa ia pemenang: Anda cuma memerlukan MyKad dan penyata KWSP anda untuk membuat permohonan, tanpa memerlukan penjamin atau sebarang cagaran.
Ciri yang paling menawan hati tentang pinjaman ini ialah tawaran hadiah 20% pulangan tunai apabila anda menepati masa dalam membuat pembayaran bulanan. Ini akan membolehkan peminjam menikmati bayaran bulanan yang lebih rendah apabila caj faedah dikurangkan.
Tambahan pula, tiada penalti dikenakan jika anda melangsaikan pinjaman lebih awal dari tempoh pinjaman.
Kekurangan: Sebagai satu pilihan pinjaman peribadi, pinjaman Mach I.O.U tidak mempunyai kekurangan yang menonjol, melainkan syarat kelayakan pendapatan yang agak tinggi iaitu RM3,000 sebulan.
Namun, jika anda mencari pinjaman untuk jumlah wang yang tinggi, tempoh maksimum di bawah pinjaman Mach ialah 5 tahun. Ini bermaksud jumlah pembayaran bulanan adalah lebih tinggi. Pembayaran bulanan sebanyak RM3,375 untuk pinjaman berjumlah RM150,000, berbanding RM2,125 sebulan untuk tempoh 10 tahun (dengan kadar faedah 7.00% p.a.
Seperti kebanyakan pinjaman peribadi yang lain, anda juga dikehendaki membayar duti setem iaitu 0.5% daripada jumlah pinjaman, sementara caj bagi pembayaran bulanan lewat ialah 1% daripada baki jumlah pinjaman.
Jika anda sedang mencari pinjaman peribadi yang sesuai, anda haruslah beringat bahawa perbandingan kadar faedah hanyalah satu daripada banyak faktor yang perlu diambil kira. Faktor-faktor lain yang harus dipertimbangkan termasuklah tempoh pinjaman, tempoh kelulusan, caj penalti dan keuntungan lain yang boleh anda peroleh.
Untuk mendapatkan pinjaman peribadi tidaklah sukar, tetapi anda memikul tanggungjawab untuk memastikan bahawa pembayaran semula boleh dibuat tanpa sebarang kelewatan demi mengelakkan anda daripada tergelincir ke lembah masalah kewangan yang lebih dalam. Gunakan kalkulator pinjaman peribadi kami untuk mendapatkan idea di mana anda hendak bermula.
Berita baiknya ialah, dalam mengharungi keadaan ekonomi yang tidak menentu kini, kita boleh menjangkakan bahawa akan terdapat lebih banyak pakej pinjaman peribadi yang berdaya saing dalam tahun 2016.
Untuk perbandingan atau permohonan produk-produk kewangan terbaik, seperti kad kredit, pinjaman perumahan dan pinjaman peribadi, lawati www.iMoney.my
iMoney
Mon Aug 08 2016
Pinjaman peribadi yang mana paling sesuai untuk anda?
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
CIMB, Maybank, Affin Bank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
Tiga syarikat perbankan umum program bantuan banjir untuk membantu individu dan perusahaan yang terjejas akibat banjir.
ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.