[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
LIFESTYLE

Pokemon Go kini tidak lagi boleh diakses dalam kenderaan

Madiha Abdullah 10/11/2016 | 04:56 MYT
Kemas kini terbaharu ini akan menyebabkan pemain yang berada dalam kenderaan tidak boleh mengaksesnya.
BIARPUN sudah beberapa bulan dilancarkan, tidak boleh dinafikan populariti permainan aplikasi Pokemon GO masih belum pudar.
Ditambah pula dengan dedikasi pembangun permainan itu, Niantic yang aktif melakukan kemas kini, ia secara tidak langsung menambah minat masyarakat terhadapnya.
Namun, satu kemas kini terbaharu ini mungkin agak kurang menyenangkan, terutama bagi mereka yang 'ketagih' dengan Pokemon GO.
Permainan itu kini tidak boleh lagi diakses apabila si pemain berada dalam kelajuan tinggi.
Ini bermakna, jika anda sedang berada dalam kenderaan, anda tidak boleh bermain Pokemon GO.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Biarpun ia langkah yang baik untuk mengelakkan orang ramai bermain aplikasi itu ketika memandu, namun pengguna berpendapat ia agak tidak adil kerana mereka yang menaiki kenderaan sebagai penumpang juga tidak boleh mengisi masa terluang itu dengan bermain Pokemon GO.
Lebih mengecewakan pengguna, tindakan itu dilihat sebagai tidak bijak memandangkan musim sejuk yang akan bermula tidak lama lagi.
#kelajuan tinggi #menaiki kenderaan #Niantic #Pokemon GO