GAYA HIDUP
Program #Englishjer dilancar susulan sambutan hangat di Twitter
Pengasas akaun Twitter @Englishjer Abd Qayyum Jumadi dalam episod perdana program #Englishjer. Gambar: YouTube/PopTeeVee
Rangkaian Web TV PopTeeVee telah melancarkan sebuah program pembelajaran Bahasa Inggeris dalam bentuk yang mudah dan praktikal.
Idea penerbitan rancangan berjudul #Englishjer ini susulan populariti @Englishjer, sebuah akaun Twitter yang menawarkan pembelajaran dan maklumat tentang Bahasa Inggeris menggunakan jenaka selain merujuk kepada situasi semasa.
Abd Qayyum Jumadi, pengasas akaun Twitter @Englishjer yang kini mencecah 60,000 pengikut, bertindak sebagai penulis, produser dan hos rancangan tersebut.
“Video-video ‘Englishjer’ adalah satu langkah semula jadi untuk membawa lebih banyak visual dan idea-idea kreatif kepada kaedah Englishjer mengajar di Twitter – seronok, senang relate, dan lepak je,” kata beliau.
#Englishjer bersiaran di YouTube PopTeeVee pada pukul 10.30 malam, setiap Khamis selama 12 minggu.
Berikut adalah prebiu #Englishjer: