Projek ubah penampilan tiga penyampai berita Astro AWANI di Style District

Azyyati Ahmad
September 10, 2017 10:21 MYT
Style District perkenalkan segment baru The Frow Project membariskan lima pereka fesyen muda mengubah penampilan tiga penyampai berita.
PROGRAM gaya hidup Astro AWANI, Style District memperkenalkan segmen terbaharu ‘The Frow Project’ yang membariskan lima pereka fesyen muda yang bakal mengubah penampilan tiga penyampai berita Astro AWANI.
Lebih menarik, projek yang akan dipaparkan selama enam minggu di Style District ini akan membawakan perjalanan The Frow membina imej segar kepada Nisa Kasnoon, Malissa Sahari dan Marlina Manaf.
Dalam episod pertama, The Frow dibawa ke pejabat Astro AWANI bertemu dua penyampai berita Nisa dan Marlina bagi mengenali gaya peribadi mereka.
The Frow dipelopori oleh Aisyah Almashoor, Hazzerwan Hazlee, Nadd Hassan, Mariam Musa dan Ain Salleh yang ditubuhkan bagi memberi satu hentian solusi dan perkhidmatan rundingan kepada komuniti terutama dalam bidang fesyen dan gaya hidup.
The Frow atau The Front Row ditubuhkan pada tahun 2017 dengan gabungan lima pereka dan usahawan muda dalam bidang fesyen.
Mereka bertemu ketika sama-sama menyertai kursus keusahawanan anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Ikuti Style District bermula minggu ini, cabaran perjalanan The Frow memberi penampilan segar dan wajah baharu kepada Nisa, Malissa dan Marlina.
#Malissa Sahari #Marlina Manaf #Nisa Kasnoon #Style District #StyleDistrictAWANI #The Frow Project