[LAPOR LANGSUNG] Sumud Flotilla kini di zon berisiko tinggi menuju Gaza. Ikuti perkembangan di sini
GAYA HIDUP

Promosi Akhir Tahun LADA, Langkawi jadi pilihan No.1

Malekah Aisyah 01/10/2025 | 10:58 MYT
Wan Kamarul Faisal (kiri) ketika sesi temubual khas bersama Astro AWANI di tingkat 18 Maha Tower. - Foto Astro AWANI
LANGKAWI: Keindahan Langkawi bukan sekadar terletak pada panorama pantai berpasir putih dan sunset cruise yang memukau, tetapi juga hasil usaha berterusan Langkawi Development Authority (LADA) dalam memperkukuh kedudukan Pulau Legenda itu sebagai destinasi pelancongan utama dunia.


Ringkasan AI
  • Menerusi kempen Langkawi Special Deals, LADA menawarkan potongan harga sehingga 70 peratus bagi pelbagai produk dan perkhidmatan pelancongan, bermula 1 Oktober hingga Disember 2025.
  • Program Langkawi Special Deals adalah kerjasama antara LADA dengan pemain industri pelancongan termasuk penyedia pengangkutan.
  • Kemudahan bertaraf antarabangsa menjadikan Langkawi lokasi strategik untuk pelbagai acara termasuk mesyuarat ASEAN, sukan, dan perkahwinan destinasi.


Menerusi kempen Langkawi Special Deals, LADA menawarkan potongan harga sehingga 70 peratus bagi pelbagai produk dan perkhidmatan pelancongan, bermula 1 Oktober hingga Disember 2025.

“Program Langkawi Special Deals ini adalah kerjasama antara LADA dengan pemain industri pelancongan termasuk penyedia pengangkutan.

“Setakat ini, 29 syarikat telah menyertai, dan jumlah itu akan terus bertambah. Antara yang terlibat termasuk perkhidmatan seperti cable car dengan diskaun sehingga 70 peratus, kedai bebas cukai, pengangkutan dan juga produk seperti Menara Maha sendiri,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin.

Ketika bercakap kepada Astro AWANI, Wan Kamarul Faisal turut menekankan, selain promosi khas, Langkawi juga terus mengekalkan statusnya sebagai UNESCO Global Geopark pertama di Asia Tenggara.

Kilim kayak. - Foto LADA


LADA menegaskan pembangunan di pulau itu sentiasa dilakukan secara seimbang bagi mengekalkan kelestarian alam semula jadi.

“Kita bangga dengan status UNESCO Geopark. Jadi pembangunan di Langkawi kita laksanakan dengan mengimbangi kemajuan dan kelestarian,” jelasnya.

Menariknya, tarikan Langkawi tidak hanya tertumpu pada infrastruktur moden. Aktiviti mesra alam seperti sunset cruise, menunggang ATV di pantai, sawah padi dan lereng bukit semakin menjadi pilihan pelancong kerana menawarkan pengalaman unik tanpa melibatkan pembangunan keterlaluan.

Selain itu, kemudahan bertaraf antarabangsa menjadikan Langkawi lokasi strategik untuk pelbagai acara termasuk mesyuarat ASEAN, sukan, dan perkahwinan destinasi.

“Pulau Langkawi mempunyai kemudahan mencukupi untuk MICE (Meetings, Incentives, Conferences and Exhibitions). Sehingga kini, 8 mesyuarat ASEAN telah diadakan di sini, dan menjelang hujung tahun ada lagi 5 mesyuarat.

“Malah, kita juga menggalakkan program perkahwinan diadakan di Langkawi,” tambahnya.

Maha Tower menjadi sebuah tempat persinggahan bagi mereka yang ingin menjamu selera sambil ditemani permandangan pulau Langkawi.


Dengan pakej promosi, keindahan semula jadi, dan kemudahan lengkap, Langkawi terus mengukuhkan kedudukannya sebagai permata pelancongan Malaysia di mata dunia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Langkawi Special Deals, orang ramai boleh layari laman web Naturally Langkawi. dan Instagram.




#LADA #Langkawi Special Deals #Destinasi pelancongan #Langkawi #Unesco