Rakyat Kelantan cari "bare dalam kain" semasa musim tengkujuh

Muhafandi Muhamad
Disember 21, 2020 07:28 MYT
Putu halba dibuat dari parutan ubi kayu dan tepung yang diadun bersama halba, manisan dan bawang sebelum dikukus dalam bungkusan kain tuala kecil. - Foto Astro AWANI
KOTA BHARU: Apabila musim banjir dan tengkujuh tiba, rakyat Kelantan akan mencari sejenis kuih yang dinamakan "bare dalam kain" kerana ianya hanya dijual sewaktu musim hujan.
"Bare dalam kain" yang dimaksudkan ialah putu halba yang dibuat dari parutan ubi kayu dan halba yang boleh menghangatkan badan di kala sejuk.
Salah seorang peniaga putu halba, Hanifah Ismail, kuih itu hanya dijual pada musim tengkujuh bermula Oktober sehingga Februari.
"Kuih ini orang panggil putu halba, dibuat pada musim hujan musim. Pada musim kemarau tidak ada orang hendak makan," katanya.
Hanifah antara ratusan peniaga putu halba di Kelantan yang menjual kuih tradisional itu pada musim tengkujuh.
Putu halba dibuat dari parutan ubi kayu dan tepung yang diadun bersama halba, manisan dan bawang sebelum dikukus dalam bungkusan kain tuala kecil.
Kebiasaannya dua keping putu halba dijual dengan harga seringgit dan enak dimakan ketika masih panas.
#banjir #rakyat #peniaga #Bare dalam kain #tengkujuh