Ramadan: Nak perut 'six-pack'? Ini 5 rutin santai dan sangat berkesan

Maskulin
Mac 23, 2023 08:34 MYT
Jika anda masih baharu dalam dunia kecergasan dan belum biasa melakukan latihan yang berat maka disarankan untuk lakukan latihan ringan ini saja terlebih dahulu. - Sumber foto Maskulin

BULAN yang cukup dinanti-nantikan oleh ramai umat Islam di seluruh dunia.

Inilah tempoh di mana kita lebih mendekatkan diri dengan aktiviti kerohanian dengan lebih kerap.

Dan inilah tempoh untuk kita ‘perlahankan’ sedikit segala perkara yang mungkin tidak berapa mendatangkan faedah atau yang cenderung kepada lagha.

Tapi dalam masa itu tidak salah juga untuk kita terus menjaga kecergasan diri.

Cuma mungkin bentuk senaman atau cara melakukannya perlu diubah sedikit mengikut kesesuaian dalam kita sedang berpuasa.

Berikut MASKULIN kongsikan lima jenis senaman mudah untuk anda kekal sihat tapi dalam masa yang sama cukup mesra untuk ‘timbulkan’ six pack jika dilakukan secara berjadual sepanjang Ramadan ini.

JACKNIFE SIT-UP

Latihan yang satu ini merupakan bahagian latihan dari sit up. namun jangan salah melakukan latihan ini cukup sulit, terutama bagi seseorang yang memiliki badan gemuk. Latihan ini sangat efektif untuk membentuk otot perut, kerana melibatkan hampir semua bahagian otot di sekitar perut ( atas, tengah, bawah)

PLANK

Latihan ini tidak memerlukan banyak pergerakan dan tidak terlalu perlukan banyak tenaga dibanding latihan yang lainnya, hanya perlu menahan berat badan dan memfokuskan pada otot perut.

VERTICAL LEG CRUNCH

Jika anda masih baharu dalam dunia kecergasan dan belum biasa melakukan latihan yang berat maka disarankan untuk lakukan latihan ringan ini saja terlebih dahulu.

Namun, ia tidaklah terlalu ringan juga, kerana memerlukan tenaga anda untuk melakukannya. Namun setidaknya cara ini tergolong santai untuk dilakukan kerana tidak melakukan banyak pergerakan tapi lebih kepada menahan beban tubuh.

SIT UP

Manfaat dari melakukan latihan ini cukup efektif dalam membentuk otot perut menjadi sixpack. Terlebih lagi di saat melakukannya di tambah dengan beban tambahan.

BICYCLE MANEUVER

Sambil tidur pun boleh membentuk otot perut. Hanya dengan mengangkat kedua kaki sambil berbaring dan mengayunkannya seperti sedang melakukan mengayun basikal.

Namun, jangan remehkan latihan ini, kerana dapat membantu pembentukan otot, terutama untuk melatih otot perut bahagian bawah.

Semoga dengan melakukan teknik senaman di atas dapat membantu anda terus mengekalkan kecergasan dan juga bentuk badan. Selamat mencuba!

#Puasa 2023 #rutin senaman #rutin senaman berkesan #senaman sihat badan