JAKARTA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa negara di rantau Asia Tenggara mempercepat tindakan menangani masalah kekurangan aktiviti fizikal dalam kalangan penduduk bagi membendung peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) yang telah mengakibatkan kira-kira 8.5 juta kematian setiap tahun.
"Aktiviti fizikal dapat membantu mencegah penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, strok, diabetes dan beberapa jenis kanser, yang terus menjadi pembunuh utama di rantau ini dan risiko penyakit yang teruk dan kematian akibat COVID-19 yang sedang melanda," kata Pengarah Serantau Asia Timur WHO, Dr Poonam Khetrapal Singh.
Pada masa ini, 15 peratus dewasa dan 74 peratus remaja berumur 11 hingga 17 tahun di rantau ini tidak melakukan aktiviti fizikal yang mencukupi seperti disarankan, katanya dalam satu kenyataan.
Justeru, negara dan komuniti mesti menyediakan lebih banyak ruang serta peluang kepada masyarakat untuk lebih aktif secara fizikal terutamanya ketika sekatan pergerakan dan bekerja dari rumah menjadi antara penyumbang kepada gaya hidup tidak aktif.
Pendekatan kerjasama pelbagai sektor diperlukan untuk membolehkan persekitaran yang selamat untuk aktiviti fizikal diwujudkan.
Sejak 2014, WHO telah menyokong program aktiviti fizikal sebagai satu daripada langkah pencegahan utama dan terbaik untuk mencegah NCD.
Baru-baru ini juga WHO telah melancarkan Pelan Hala Tuju Serantau bagi melaksanakan Pelan Hala Tuju Global untuk Aktiviti Fizikal, bermatlamat memudahkan aktiviti itu khususnya untuk meningkatkan peratusan aktiviti fizikal menjelang 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 26 2021
Aktiviti fizikal dapat membantu mencegah penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, strok, diabetes dan beberapa jenis kanser. - Gambar hiasan
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Gula berlebihan: Ancaman terhadap fungsi buah pinggang yang semakin membimbangkan
Kira-kira 3.8 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit buah pinggang kronik dengan 80 hingga 85 peratus kes dikaitkan dengan diabetes atau hipertensi.
China pastikan 2 jam aktiviti fizikal harian untuk pelajar sekolah rendah, menengah rendah
Langkah ini bertujuan menyelesaikan masalah penglihatan dan berat badan dengan memastikan pelajar mendapat pendedahan cahaya matahari yang mencukupi.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Rantau Asia Tenggara perlu tingkat usaha atasi kekurangan aktiviti fizikal - WHO
Aktiviti fizikal dapat membantu mencegah penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, strok, diabetes dan beberapa jenis kanser.
'Warm up' itu wajib! Ini sebab kenapa perlu memanaskan badan sebelum bersenam
Memanaskan badan akan menjadikan tubuh badan lebih bersedia agar aktiviti yang dilakukan nanti dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Elak aktiviti fizikal berat selama 7 hari selepas terima vaksin COVID-19 - Kementerian Kesihatan Singapura
Sebelum pengsan, remaja itu melakukan aktiviti angkat berat di gimnasium, melebihi berat badannya.
Apa yang perlu anda tahu jika ingin beriadah ketika PKPB
Apapun yang anda ingin lakukan, anda masih tertakluk kepada syarat-syarat tertentu ketika PKPB dilaksanakan untuk memastikan anda sentiasa selamat.
Lebih 70 peratus kematian kes COVID-19 di Malaysia hidap penyakit lain - Pakar
Kajian Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit China mendapati orang tua yang sudah mempunyai penyakit lebih cenderung terkena COVID-19.
Cuaca panas: Kurangkan aktiviti fizikal dan luar bangunan - KKM
Orang ramai diminta mengurangkan aktiviti di luar bangunan atau menggunakan penutup hidung dan mulut (face mask), payung dan topi sekiranya berada di luar.
Gelombang panas: Tip kekal cergas
Disenaraikan beberapa tip untuk membantu anda kekal cergas dan sihat dalam cuaca panas ini.