Reaksi tiga beradik perempuan terima hadiah adik lelaki sempena Krismas viral

Syafique Shuib
Disember 7, 2015 11:02 MYT
Tiga adik beradik perempuan terkejut dengan kehadiran adik lelaki yang diletakkan di bawah pokok Krismas sebagai 'hadiah' untuk mereka. Gambar: Facebook/Courtney Solstad
TIGA beradik menerima kejutan apabila menerima hadiah Krismas paling istimewa.
Ibu mereka, Courtney Solstad mengejutkan ketiga-tiga anak perempuannya dengan mengambil seorang anak angkat lelaki.
“Anak-anak saya tidak tahu tentang ini. Kami bertemu mereka di pintu dan memberitahu mereka kami baru pulang dari membeli belah untuk Krismas dan ada sesuatu untuk mereka di bawah pokok Krismas,” kongsi Solstad di Facebook.
Ketiga-tiga mereka terkejut bercampur gembira ketika berjumpa adik baru mereka yang diberi nama Nathan.
Video keterujaan mereka dikongsi di Facebook dan kini mencecah 261,497 views.

The girls knew nothing about Nathan until this. We met them at the door and told them that we had been out Christmas shopping and got them a gift to share...and it was under the tree! #Solstad6

Posted by Courtney Solstad
Sementara itu, dalam post berasingan, Courtney meluahkan kegembiraan dan kesyukuran dengan kehadiran Nathan.
“Bayi kami begitu sempurna. Dia sihat dan bayi yang paling comel anda pernah lihat," katanya.
#Courtney Solstad #Facebook #keluarga #Krismas