KUALA LUMPUR: Jenama pakaian terkemuka, Bulan Bintang berjaya melakar sejarah menjadi satu-satunya syarikat tempatan yang mempertontonkan pertunjukan dron terbanyak di Malaysia.

Kejayaan itu membolehkannya tersenarai dalam Malaysia Book of Records.

Sebelum ini rekod tersebut dipegang oleh The Walt Disney Company (Malaysia) dengan mempersembahkan 300 buah dron bagi membentuk logo Avengers dan watak adiwira filem berkenaan seperti adiwira seperti Iron Man, Captain America, Thor, serta Hulk.

Menurut pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, untuk merealisasikan impian berkenaan kos perbelanjaan yang harus dikeluarkan ialah hampir RM2 juta.

“Untuk malam ini (Sabtu) Bulan Bintang Takes The Sky kita belanjakan minimum RM2 juta, khas untuk kita buat skala pertunjukkan fesyen sebegini, Malaysia tak pernah tengok pertunjukan fesyen yang sebegini.

“Saya rasa belum ada mana-mana jenama yang buat lagi, jadi kami dah adakan satu pertunjukkan fesyen di level yang baharu, jadi untuk kita bawa level tu, inilah kos yang harus dikeluarkan,” katanya kepada media.

Bulan Bintang mempamerkan 350 unit dron semasa pertunjukan fesyen ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur pada Sabtu malam.

Bulan Bintang berjaya tersenarai dalam Malaysia Book of Records selepas mempersembahkan pertunjukkan dron terbesar di Malaysia

Pertunjukan fesyen ini menampilkan koleksi Raya Ready To Wear (RTW) sedondon seisi keluarga yang terdiri daripada 68 rekaan dan 326 pilihan warna eksklusif.

Ia didatangkan dengan pelbagai pilihan saiz dari umur 0-1 tahun sehingga 5XL bagi golongan plus size.

Pada masa sama, Bulan Bintang juga turut menampilkan barisan duta untuk tahun ini seperti Shukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad, Nadhir Nasar, Beto Kusyairy, Hannah Delisha dan Daiyan Trisha.

Duta-duta Bulan Bintang Raya 2023