awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja OKU pertama jadi jurulatih taekwondo

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
20/08/2016
09:36 MYT
Remaja OKU pertama jadi jurulatih taekwondo
Afif (kanan) menerima Sijil Kebangsaan Taekwondo (ITF) tahap satu oleh Persekutuan Taekwondo Antarabangsa Malaysia (MITF) di Institut Sukan Negara. -Gambar: Facebook/MITF Taekwon-Do
Membesar dengan autisme tidak menghalang Afif Zahiruddin untuk menjadi remaja kelainan upaya (OKU) pertama di Malaysia menerima kelayakan kejurulatihan taekwondo.
Afif yang kini berusia 17 tahun adalah pembantu jurulatih di SEN Master Academy dan dalam persediaan untuk mengambil ujian peringkat kedua tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri itu.
Pada akhir Julai lepas, Afif menerima sijil Persekutuan Taekwondo Antarabangsa (ITF) tahap satu oleh Persekutuan Taekwondo Antarabangsa Malaysia (MITF) di Institut Sukan Negara.
Menurut bapanya, Rohaizan Abdul Wahab, Afif disahkan menghidap autisme pada usia 6 tahun.
"Afif yang mempunyai sindrom autism Asperger sebelum ini memang kurang fokus, cepat marah, tidak tahu duduk diam.
"Tetapi dengan kaedah dari Master Khaldun, dia mendapat tunjuk ajar dan dorongan sehingga berjaya mendapat tali pinggang hitam selepas 6 hingga 7 tahun menyertai seni mempertahankan diri taekwondo," kata Rohaizan.
Bagi Afif, selain menjadi jurulatih taekwondo, dia juga berbakat dalam melukis dan pernah menyertai beberapa pameran seni dalam negara.
"Saya rasa bangga dan bersyukur kerana dapat menyertai kursus kejurulatihan taekwondo.
"Cita-cita saya nak jadi seorang pelukis dan juga jurulatih taekwondo yang membantu golongan kelainan upaya.
"Saya harap semua dapat memahami taekwondo bukan setakat mempertahankan diri, tetapi juga membina keyakinan diri," kata Afif.
Sebagai bapa kepada anak istimewa ini, Rohaizan berbangga dapat mengikuti dan melihat cabaran dalam latihan yang dilalui Afif sehingga berjaya menjadi seorang jurulatih.
Nasihat Rohaizan adalah supaya ibu bapa yang mempunyai anak istimewa untuk tidak berputus asa, sentiasa memberi dorongan dan bantu mencungkil bakat mereka.
Topic Berkaitan
#Afif
#Autisme
#remaja OKU
#taekwondo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan