Resah dan tidak keruan kerana tidur anda terganggu? Ini yang anda perlu tahu

Asyraf Roslan
Oktober 22, 2018 08:32 MYT
Masalah gangguan tidur ini mampu mengganggu corak pemikiran, emosi dan tingkah laku. Ia juga menjejaskan kerja, pembelajaran dan perhubungan interpersonal - Foto PIXABAY
TIDUR tidak lena pasti akan menganggu dan membuatkan kita berasa tidak selesa.
Tahukah anda bahawa orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala bagi golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek iaitu di antara 4-5 jam sehari.
Gangguan tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur anda .
Sebab-sebab utama yang boleh menyebabkan anda mengalami gangguan tidur ialah merujuk kepada gaya hidup anda yang mungkin bekerja syif yang kerap dan tidak teratur. Seterusnya masalah-masalah fizikal seperti jatuh sakit, masalah pernafasan dan kerap kencing pada waktu malam juga antara sebab utama anda mengalami gangguan tidur. Malah faktor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau keadaan bilik tidur yang terlalu terang juga mempengaruhi tidur anda.
Masalah gangguan tidur ini mampu mengganggu corak pemikiran,emosi dan tingkah laku. Ia juga menjejaskan kerja, pembelajaran dan perhubungan interpersonal.
Apabila anda mengalami masalah gangguan tidur ini ia akan membuatkan anda cepat letih dan mengantuk pada waktu siang, anda akan sukar untuk mengawal emosi dan cepat marah, sukar memberikan tumpuan kepada pekerjaan dan pembelajaran malah ia juga boleh menyebabkan anda terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecedaraan.
Jadi bagi mengelakkan daripada terus terkena masalah gangguan tidur ini anda perlu melakukan beberapa perkara bagi mencegah masalah ini.
Mengamalkan rutin tidur yang sihat dan teratur
Anda perlu mengamalkan rutin tidur yang sihat dan teratur. Anda perlu memastikan anda mendapat tidur yang cukup iaitu 6-8 jam tidur sehari serta anda perlu memastikan persekitaran tempat tidur anda selesa dan tiada sebarang gangguan.
Mengamalkan gaya hidup sihat dan pengurusan stress
Anda perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan makan mengikut piramid makanan dan juga apa yang diperlukan oleh badan anda. Selain itu, anda juga perlu melakukan senaman agar badan anda sentiasa cergas dan sihat.
Hindari dari penyalahgunaan dadah, alkohol dan bahan larangan yang lain
Untuk mendapatkan rutin tidur yang baik anda perlu menghindari dari penyalahgunaan dadah, alkohol dan bahan larangan yang lain. Hal ini kerana pengambilan barangan-barangan terlarang ini sangat tidak baik untuk anda dan mampu menganggu anda untuk mendapatkan rutin tidur yang baik.
Patuh kepada rawatan untuk masalah-masalah fizikal atau mental
Sekiranya anda mengalami masalah fizikal atau mental pastikan anda mendapatkan rawatan dengan pakar dengan kadar segera dan memastikan anda mematuhi arahan-arahan rawatan yang diberikan kepada anda.

Petua minum susu supaya tidur dengan lebih nyenyak adalah betul kerana susu mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang akan membantu untuk tidur. pic.twitter.com/pxFaNsG8TE

— Geng Farmasi Otai (@UbatOhUbat) October 20, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Malam ini kita minum susu supaya pagi esok kita bersemangat untuk pergi kerja. Untuk org dewasa, tidur selama 7-8 jam adalah disyorkan. https://t.co/6IUsUxktSN

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) October 21, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk pembacaan lanjut anda boleh melayari http://www.myhealth.gov.my/kecelaruan-tidur/
#Gangguan tidur #gaya hidup #kesihatan