Anak muda hari ini dilihat sering berdamping telefon pintar, tablet dan juga komputer riba.
Ada yang membawa peralatan mudahalih ini ke mana sahaja mereka pergi.
Memikrka beban yang terpaksa 'dipikul' golongan ini, syarikat komputer Asus tampil mengabungkan tiga gajet penting itu dalam satu produk yang dinamakan PadFone.
PadFone mempunyai tiga komponen berbeza: PadFone (telefon bimbit), PadFone Station (tablet) dan keyboard.
Namun telefon bimbitnya adalah komponen asas kerana ia menyimpan fail, aplikasi-aplikasi dan maklumat Wi-Fi dan data internet.
Ramai pengguna perlukan telefon pintar dan tablet untuk pelbagai kemudahan. Penulis menggunakan kedua-dua gajet berkenaan untuk kegunaan telefon, menghantar emel, internet, aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter dan aplikasi yang lain seperti Flipboard.
Reviu ini berdasarkan sebagai pengguna baru android dan membuat perbandingan sebagai pengguna lama yang lebih popular seperti keluaran BlackBerry dan iPad.
Dari sistem operasi, sistem telefon, kamera dan juga ‘user interface’, berikut adalah reviu PadFone:
Sistem Operasi:
Ini adalah kali pertama saya menggunakan sistem operasi Ice-Cream Sandwich untuk Android keluaran Google. Mendaftar dengan akaun Gmail saya amat mudah. Saya memerlukan satu klik sebelum emel dan kalendar saya digabungkan dalam sistem PadFone.
Tetapi skrin ‘Settings’ mempunyai teks yang berlebihan dan ia boleh merumitkan pengguna.
Kerana kebiasaan saya menggunakan sistem operasi iOS6 keluaran Apple, saya mengambil beberapa masa untuk menyesuaikan diri dengan sistem operasi Android.
Telefon:
Telefon PadFone bersaiz 4.3inci mempunyai resolusi skrin berukuran 960 X 540. Skrin amat cantik dan mesra pengguna tetapi ia tidak sejelas telefon pintar keluaran Apple ataupun Samsung. Saiz telefon bagaimanapun tidak terlalu besar dan boleh digunakan dengan sebelah tangan sahaja.
Sebagai pengguna BlackBerry, penulis mengalami kesukaran untuk menaip menggunakan keyboard di skrin kerana sudah terbiasa dengan kekunci BlackBerry. Mungkin jari yang terlalu besar ataupun kita harus sentuh dengan tepat.
Untuk sistem panggilan, ia amat jelas. Penulis juga tidak mempunyai masalah ketika melayari internet dan juga memuat turun aplikasi.
Panggilan juga boleh dibuat menggunakan peranti tablet dan menggunakan ‘Speakerphone’ ataupun PadFone Stylus Headset.
Interface Pengguna:
iPad akan menyusun semua aplikasi di ‘Home Screen’ ketika dibuka.
Namun semua aplikasi yang telah dimuat turun untuk PadFone akan diletakkan di skrin selepas ‘Home Screen’ atau 'Skrin Utama'. ‘Home Screen’ akan meletakkan tarikh, emel dan juga aplikasi pilihan untuk kemudahan pengguna.
Stesen Tablet PadFone:
PadFone Station hanya boleh digunakan selepas telefon telah diletakkan di dalam ruang khas yang disediakan. Beratnya adalah 724g dan ia lebih berat dari iPad2 yang seberat 613g. Tablet ini juga tidak mempunyai belakang yang rata jadi ia amat sukar untuk pengguna meletakkan tablet ini di atas meja kecuali ia mempunyai penutup (cover) yang boleh menegakkan tablet berkenaan.
Ramai akan memilih untuk mencantumkan papan kekunci untuk kemudahan pengguna.
Kamera:
PadFone mempunyai kamera belakang dengan resolusi 8 megepixel. Warnanya tidak begitu menawan namun lensa f/2.2 dapat merakam gambar dengan cantik walaupun dengan cahaya lampu yang rendah.
Sama seperti kamera telefon bimbit berjenama lain, kamera hadapan tidak merakam gambar dengan cantik namun ia amat berguna untuk ‘sidang video’.
PadFone Station tidak mempunyai kamera belakang kerana ia menggunakan kamera telefon melalui lubang yang terdapat apabila unit telefon disimpan didalam ruang simpanan khas. Kamera hadapan mempunyai resolusi 1.3 megapixel dan merakam kualiti yang lebih bagus berbanding dengan kamera hadapan unit telefon.
Keyboard atau Papan Kekunci:
Apa yang bezakan PadFone dan tablet yang lain adalah ia mempunyai keyboard yang boleh dicantum bersama PadFone Station. Ia sesuai untuk mereka yang ingin menaip emel dan mesej yang panjang.
Kesimpulannya:
Tiada banyak perbezaan dari segi aplikasi diantara PadFone dan juga tablet yang lain seperti iPad. Apa yang berbeza adalah pengalaman pengguna dengan adanya papan kekunci.
PadFone amat berguna jika saya ingin menaip dokumen yang panjang. Tetapi untuk mencantumkan telefon, tablet dan juga paan kekunci ia akan mengambil masa. Lagipun, tidak berbaloi jika saya ingin menghantar dokumen ringkas dengan serta-merta.
Ia amat sesuai bagi mereka yang inginkan sebuah gajet yang menggabungkan telefon, tablet dan juga komputer riba.
Namun ada juga pengguna yang masih selesa dengan adanya gajet berbeza untuk membuat panggilan mahupun menghantar mesej.
Syafique Shuib
Fri Nov 02 2012
"Kamu orang Kelantan, tak tau" - YB Seri Gading
YB Seri Gading membidas YB Pasir Mas dengan sejarah di sebalik Pulau Batu Puteh.
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
MTDC perkukuh usaha pemerkasaan inovasi teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
DUB menyediakan pembiayaan sehingga RM100,000, manakala DMM menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000.
Apple Watch mungkin sokong ciri pemantauan tekanan darah menjelang 2025
Apple dikatakan telah membangunkan ciri ini sejak beberapa tahun lepas lagi namun ia masih tidak dilancarkan sehingga hari ini.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Apple dilapor pertimbang idea hasilkan set televisyen
Penawaran set kaca televisyen penuh mungkin hanya menyasarkan sejumlah kecil pengguna sahaja sekali gus mungkin membuatkan Apple tidak meneruskan idea ini.
Google Gemini mungkin akan diintegrasikan dalam iOS bermula 2025
Pengguna Google Gemini boleh menggunakan aplikasi ini dengan ciri lengkap pada iPhone, yang sudah tersedia di App Store.
Apple AirTag baharu dijangka tiba pertengahan 2025
Apple AirTag Baharu Dijangka Tiba Pertengahan 2025
Apple senaraikan iPhone XS Max, iPhone 6s Plus sebagai produk vintaj
Sebelum ini, iPhone 6s Plus diperkenalkan pada September 2015, sementara iPhone XS Max pada September 2018.
Share To TikTok mudahkan perkongsian muzik daripada Apple Music dan Spotify
Pengguna boleh melakukan pilihan untuk berkongsi muzik, album dan senarai main ke susur masa menerusi Photo Mode atau mod skrin hijau.
Apple dilapor melabur AS$10 juta di Indonesia untuk bolehkan iPhone 16 dijual
Kementerian Perindustrian Indonesia sedang menilai cadangan dengan keputusan dijangka akan diberikan tidak lama lagi.
Apple, Samsung dilapor turut berminat ambil alih Intel
Apple dan Samsung berminat untuk mengambilalih Intel kerana kemampuan syarikat tersebut dalam mengilangkan cip pemprosesan mereka sendiri.