awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Rider muslimah' dapat pujian melambung netizen

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
29/07/2016
10:15 MYT
'Rider muslimah' dapat pujian melambung netizen
Fatimah kini merupakan salah seorang pelumba Cub Prix Petronas Yamaha.Foto/Facebook Siti Fatimah Husna
DENGAN imej muslimah yang ditampilkan, siapa sangka wanita ini sebenarnya punya semangat dan jiwa yang cukup besar.
Siti Fatimah Husna Muslim, tiba-tiba sahaja menjadi perhatian warga media sosial selepas beberapa keping gambar dia menyertai perlumbaan motosikal cub prix, lengkap berpakaian pelumba, tersebar.
Menurut maklumat yang diperolehi di laman sosial, Fatimah merupakan seorang graduan kejuruteraan mekanikal, namun lebih selesa memilih kerjaya sebagai pelumba.
Memulakan kerjaya sebagai wakil One Speed Motorsport, Fatimah kini merupakan salah seorang pelumba Cub Prix Petronas Yamaha.
Tahun lalu, Fatimah yang merupakan peserta tunggal wanita dalam Kejohanan Supermoto Malaysia, muncul juara kategori CKD.
Tinjauan di laman sosial mendapati netizen kebanyakan memuji penampilan Fatimah yang tidak melupakan jati diri sebagai wanita Islam biarpun menceburi bidang yang dikuasai kaum lelaki.
Fatimah, 25 tahun, bakal bersaing dalam Petronas Malaysian Cub Prix di Teluk Intan, pada 30 dan 31 Julai ini.
Topic Berkaitan
#Cub Prix Malaysia
#pelumba motosikal
#Siti Fatimah Husna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan