Risau hilang AirPod? 'Airings' ini untuk anda!

Agensi
Januari 31, 2019 09:00 MYT
Enggan kehilangan AirPod, gadis muda ini menjadikan fon telinga itu sebagai anting-anting. - Twitter @bloodorgy
KEBIASAANNYA, apabila berada dalam situasi sukar, manusia akan menjadi kreatif untuk mencari solusi kepada kesukaran itu.
Berdepan risiko hilang AirPod bukanlah satu situasi yang boleh dipanggil sukar, namun melihat pada harganya, tentu ramai pemilik tidak mahu kehilangannya.
Seorang wanita muda dari Virginia, Amerika Syarikat, Gabrielle Reilly, menggunakan idea dan kreativiti yang tersendiri untuk mengelak daripada kehilangan AirPod, dengan menjadikan fon telinga itu sebagai anting-anting.
"Sebelum ini, kucing gigit wayar fon telinga milik saya sehingga tidak boleh digunakan. Jadi saya beli AirPod kerana ia tidak ada wayar, tetapi saya masih memerlukan sesuatu untuk menyambungkannya," kata Reilly kepada portal Buzzfeed.
Selepas memuat naik video inovasi yang dipanggil Airings itu ke Twitter, Reilly menerima banyak respon positif dan dia kini membuka tempahan fon telinga itu untuk pelanggan.
Airings yang boleh ditanggalkan untuk dicas, dijual Reilly di sebuah laman web jual beli dengan harga AS$20 (RM82).

I made airpod earrings lmaoooo i didnt want to post this till i had better pics but whatever here it is pic.twitter.com/4pHnc8wvfv

— pop (@bloodorgy) January 26, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#AirPod #Amerika Syarikat #fon telinga #Gabrielle Reilly #hilang #idea #kreatif #Twitter #video