awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Kinabatangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Riverside Cafe On The Go' kini tampil lebih santai

Astro Awani
Astro Awani
24/07/2020
10:31 MYT
'Riverside Cafe On The Go' kini tampil lebih santai
Kafe yang terletak di ruang legar Menara Datuk Onn itu masih mengekalkan rasa asli restoran tersebut dengan peningkatan mutu penyediaan makanan yang lebih cepat dan efisien.
Restoran Riverside yang terletak di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) kini memperkasakan cabang perniagaannya melalui konsep 'Cafe On The Go'.
Kafe yang terletak di ruang legar Menara Datuk Onn itu masih mengekalkan rasa asli restoran tersebut dengan peningkatan mutu penyediaan makanan yang lebih cepat dan efisien.
Selepas menjalani ubah suai selama dua bulan sejak awal Februari, Riverside Cafe On The Go yang dirasmikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad pada Khamis kini tampil lebih santai.
Mengambil kira cara hidup masa kini yang sentiasa bergerak pantas, kafe tersebut menawarkan pelbagai sajian mudah dan ringkas yang sedia dimakan.
Antara yang tersedia ialah pelbagai jenis pastri, kuih-muih Melayu dan hidangan tempatan lain seperti nasi lemak dan bihun goreng.
Pelanggan juga berpeluang menikmati hidangan percuma dengan mengumpul mata ganjaran iaitu RM5 bagi satu mata ganjaran.
WTCKL juga dalam peringkat akhir perbincangan dengan beberapa pihak untuk menambah beberapa lagi cawangannya.
Topic Berkaitan
#kafe
#Kuala Lumpur
#kuih-muih
#Melayu
#Menara Datuk Onn
#menteri
#on the go
#PWTC
#Riverside
#WTC
#WTCKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan