Romantik! Ayat 'cair' Tun Mahathir dalam gambar pertama di Instagram

Zaim Ibrahim
Mac 15, 2018 03:42 MYT
Didalam gambar pertama Instagram rasmi Tun Dr Mahathir, beliau memberikan ucapan romantis kepada isterinya.
Di sebalik kesibukan untuk menempuh pilihan raya, Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuka akaun Instagram rasminya.
Lebih manis, gambar pertama dalam akaun tersebut adalah bersama isteri, pendamping setianya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Hari ini saya mulakan akaun Instagram saya dengan gambar bersama Hasmah. Isteri saya selama 62 tahun, yang sentiasa setia bersama saya sejak dulu lagi. As doctors, laughter is indeed the best medicine.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkahwin dengan Tun Dr Siti Hasmah pada 4 Ogos 1956 dan mereka dikurniakan tujuh cahaya mata.
#Che Det #cinta #Instagram #Malaysia Memilih #Parti Pribumi Bersatu Malaysia #Perdana Menteri #perkahwinan #PRU14 #romantik #TUN DR MAHATHIR #Tun Dr Siti Hasmah