Ruang kecil bukan ukuran, kediaman 900 kaki persegi ini diberi nafas baharu selepas 5 tahun

Impiana
Julai 25, 2021 03:21 MYT
Kediaman ini boleh dijadikan sebagai insipirasi kepada yang inginkan gaya dan ciri moden dalam penataan hiasan. -Impiana
JIKA sudah minat dalam menghias dan sudah tahu apa yang diinginkan di dalam hiasan rumah pastinya setiap sentuhan yang diberikan menjadikan satu impak yang cukup untuk sesebuah kediaman itu.
Keluasan rumah langsung tidak memberi impak dalam pemilik untuk berkarya dan mencurahkan idea cuba lihat kediaman yang berkeluasan 900 kaki persegi ini telah diberi nafas baharu setelah pemiliknya menduduki selama lima tahun.
Cukup sempurna warna dan susun atur perabot yang dikenakan.
Melihat ke dalam ruang dapur juga ia mengenakan tema yang sama dan senada dengan tema pada ruang tamu beliau.
Manakala bilik air yang mengenakan serba putih dengan kemasan emas pada perkakas di dalam bilik air ini membuatkan kamar mandi ini kelihatan lebih moden dan palitan elegan.
Kediaman ini boleh dijadikan sebagai insipirasi kepada yang inginkan gaya dan ciri moden dalam penataan hiasan.
Kredit: Sepikah Sepikah
Artikel asal di portal Impiana.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !

#900 kaki persegi #Keluasan rumah #curah idea #ruang sempit #diberi nafas baharu #selepas lima tahun #ruang tamu #tema