awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India perkukuh CSP, dalami kerjasama semikonduktor, pendidikan
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah 'Hobbit', zoo hibrid tarikan terbaharu di Kuantan

Gempak
Gempak
27/03/2022
03:10 MYT
Rumah 'Hobbit', zoo hibrid tarikan terbaharu di Kuantan
Mini Zoo Taman Teruntum telah ditransformasikan dan berubah wajah menjadi sebuah zoo hibrid pertama di Malaysia.
RUMAH hobbit yang terkenal dalam filem "The Lord of the Rings" menjadi tarikan terbaharu di Zoo Mini Taman Teruntum, Kuantan apabila ia dibuka semula kepada pengunjung.
Menerusi laman sosial Twitter, tular ciapan seorang pengguna yang dikenali sebagai Sarini Zainal di mana dia berkongsi foto-foto menarik sewaktu kunjungannya ke Taman Teruntum.
Hobbit House, Zoo Teruntum, Kuantan.
Siapa yg datang Kuantan tu, meh lah ke sini! pic.twitter.com/5FjzSoPctI
— Sarini Zainal (@sarinizainal) March 24, 2022
Mini Zoo Taman Teruntum telah ditransformasikan dan berubah wajah menjadi sebuah zoo hibrid pertama di Malaysia.
Walaupun begitu, rumah hobbit ini tidak boleh dimasuki dan hanya boleh bergambar atau berswafoto di luar sahaja.
Selain rumah hobbit, antara tarikan lain yang ada di sini adalah taman dinasour yang pastu mengujakan kanak-kanak.
Habis jalan2 di Zoo Teruntum, seberang jalan ke Pantai Taman Gelora. Pesisir pantai yg putih bersih, landai dan angin pun sepoi2 bahasa je Alhamdulillah seronok betul harini! pic.twitter.com/5pAVHUCQu7
— Sarini Zainal (@sarinizainal) March 24, 2022
Mini Zoo Taman Teruntum bukan sahaja mempamerkan haiwan sebenar, terdapat juga haiwan yang sudah pupus dan prasejarah untuk tatapan para pengunjung.
Antara haiwan yang terdapat di Mini Zoo Teruntum ini adalah seperti seladang, ular, arnab, buaya, kuda padi, burung enggang, rusa, burung unta, dan burung merak.
Menerusi perkongsian Sarini lagi, selesai berkunjung ke Taman Teruntum, anda boleh singgah bermandi-manda di pantai Taman Gelora yang terletak hanya seberang jalan dengan zoo tersebut.
Luas keseluruhan kawasan zoo ini kira-kira 4.4 hektar dan hanya 30 peratus daripadanya dikekalkan untuk haiwan hidup manakala selebihnya telah diubah suai untuk menempatkan tarikan lain seperti edu-pelancongan.
Harga tiket: Dewasa: RM25 Kanak-kanak: RM22
Kredit foto: Twitter @sarinizainal
*Artikel asal di Gempak

Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Topic Berkaitan
#rumah Hobbit
#Zoo Mini Taman Teruntum
#zoo hibrid pertama di Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan