GSF: Kesemua 23 delegasi Malaysia disahkan telah ditahan oleh Israel – Ikuti Laporan Langsung
GAYA HIDUP

Rumah 'Hobbit', zoo hibrid tarikan terbaharu di Kuantan

Gempak 27/03/2022 | 03:10 MYT
Mini Zoo Taman Teruntum telah ditransformasikan dan berubah wajah menjadi sebuah zoo hibrid pertama di Malaysia.
RUMAH hobbit yang terkenal dalam filem "The Lord of the Rings" menjadi tarikan terbaharu di Zoo Mini Taman Teruntum, Kuantan apabila ia dibuka semula kepada pengunjung.

Menerusi laman sosial Twitter, tular ciapan seorang pengguna yang dikenali sebagai Sarini Zainal di mana dia berkongsi foto-foto menarik sewaktu kunjungannya ke Taman Teruntum.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Mini Zoo Taman Teruntum telah ditransformasikan dan berubah wajah menjadi sebuah zoo hibrid pertama di Malaysia.

Walaupun begitu, rumah hobbit ini tidak boleh dimasuki dan hanya boleh bergambar atau berswafoto di luar sahaja.

Selain rumah hobbit, antara tarikan lain yang ada di sini adalah taman dinasour yang pastu mengujakan kanak-kanak.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Mini Zoo Taman Teruntum bukan sahaja mempamerkan haiwan sebenar, terdapat juga haiwan yang sudah pupus dan prasejarah untuk tatapan para pengunjung.

Antara haiwan yang terdapat di Mini Zoo Teruntum ini adalah seperti seladang, ular, arnab, buaya, kuda padi, burung enggang, rusa, burung unta, dan burung merak.

Menerusi perkongsian Sarini lagi, selesai berkunjung ke Taman Teruntum, anda boleh singgah bermandi-manda di pantai Taman Gelora yang terletak hanya seberang jalan dengan zoo tersebut.

Luas keseluruhan kawasan zoo ini kira-kira 4.4 hektar dan hanya 30 peratus daripadanya dikekalkan untuk haiwan hidup manakala selebihnya telah diubah suai untuk menempatkan tarikan lain seperti edu-pelancongan.

Harga tiket:
Dewasa: RM25
Kanak-kanak: RM22

Kredit foto: Twitter @sarinizainal

*Artikel asal di Gempak



Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
#rumah Hobbit #Zoo Mini Taman Teruntum #zoo hibrid pertama di Malaysia