awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga

Bernama
Bernama
25/11/2024
21:40 MYT
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor Anfaal Saari berkata konsep berkenaan dimanipulasi segelintir lelaki agar isteri merelakan keganasan berlaku, termasuk perlakuan buli mental.
Beliau berkata ini ditambah pula dengan sistem sosial atau budaya patriarki dalam sesetengah anggota masyarakat, yang menganggap usaha wanita menuntut hak sebagai perbuatan derhaka.
"(Kalau) pukul sepatutnya bertujuan mendidik dan sangat ringan serta tidak sampai berbekas kepada kulit isteri dan ahli keluarganya," katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Kempen 16 Hari Menentang Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-Kanak, yang disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari di Wisma Dewan Negeri Selangor, di sini pada Isnin.
Anfaal berkata golongan agamawan perlu memberi penerangan konsep taat dalam rumah tangga secara tepat, mengikut konteks serta mendidik wanita mengenai isu keganasan rumah tangga.
Sementara itu, beliau berkata 813 kes keganasan rumah tangga dilaporkan tahun ini di Selangor setakat Ogos lepas dan statistik ini membimbangkan dengan daerah Gombak mencatatkan kes tertinggi sebanyak 147 kes, yang menunjukkan perlunya tindakan kolektif semua pihak dalam menangani isu berkenaan.
Mengulas kempen yang dilancarkan hari ini, beliau berkata ia selaras dengan kempen di peringkat antarabangsa yang dilaksanakan secara tahunan bermula hari ini hingga 10 Dis depan, bertujuan meningkatkan kesedaran serta pendidikan terhadap isu keganasan rumah tangga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#salah faham
#konsep taat
#keganasan rumah tangga
#tidak lapor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan