awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sanggup berbelanja besar demi merpati hiasan

Zulfa Mohamad
Zulfa Mohamad
31/07/2022
06:15 MYT
Sanggup berbelanja besar demi merpati hiasan
Menurut Zulkefele, dia pernah memiliki 30 pasang merpati hiasan dan banyak yang sudah dijual kepada rakan dan peminat burung. - Astro AWANI
KEPALA BATAS: Minat mendalam terhadap merpati hiasan menyebabkan seorang pesara tentera sanggup berbelanja besar demi mendapatkan baka terbaik.
Zulkefele Said, 57, dari Kampung Aman dekat sini berkata, hobi memelihara merpati hiasan timbul sekitar 2019 selepas melihat beberapa baka merpati hiasan yang menjadi 'kegilaan' peminat dalam media sosial.
Sejak itu dia mula memberi beberapa pasang merpati hiasan baka terbaik seperti US Modena, English Modena, Showking dan Giant Runt membabitkan modal lebih RM20,000.
Walaupun harga burung berkenaan mencecah ribuan ringgit sepasang namun, kerana minat dia sanggup berhabis duit bagi mendapatkan baka yang diinginkan.
"Harga merpati hiasan yang menjadi kegilaan baru sekarang ini memang mahal tetapi tetap mempunyai peminat.
"Contohnya, baka US Modena bagi Gred A mencecah antara RM1,000 hingga RM1,500 sepasang, Gred AA antara RM2,000 hingga RM3,000 manakala Gred AAA antara RM3,000 hingga RM8,000 sepasang," katanya.
Harga merpati baka English Modena dan Giant Runt juga mencecah RM1,500 ke atas dan lebih mahal jika ia memiliki bentuk badan yang menarik.
Menurut Zulkefele, dia pernah memiliki 30 pasang merpati hiasan dan banyak yang sudah dijual kepada rakan dan peminat burung.
"Penjagaan merpati hiasan agak mudah selain kos makanannya rendah jika dibandingkan dengan jangka hayatnya lebih 10 tahun.
"Selain itu, ia cepat membiak walaupun setiap kali bertelur hanya dua biji," katanya.
Selain merpati, Zulkefele turut memelihara anak ikan kelah yang digelar Raja Sungai.
"Merpati hiasan dan ikan kelah menjadi terapi dan menenangkan minda saya pada masa lapang" katanya.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Topic Berkaitan
#merpati hiasan
#zulkefele said
#peminat burung
#hobi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan