[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
LIFESTYLE

Santa Claus dan papan luncur

Agensi 25/12/2017 | 10:14 MYT
Kira-kira 900 Santa Claus meluncur air dengan memakai pakaian Santa Claus Pantai Cocoa, Florida. - Gambar hiasan
PERNAH tak anda melihat aksi Santa Claus bermain papan luncur?
Gelagat 837 peluncur air yang memakai kostum Santa Claus mencuri perhatian pengunjung yang berada di Pantai Cocoa, Florida malam menjelang sambutan Krismas.
Istimewanya, penganjuran acara terbabit bertujuan mengumpul dana untuk disumbangkan kepada dua buah persatuan pesakit kanser di Florida.
Apa yang mengejutkan kerja amal yang dilakukan tidak sampai sehari itu berjaya mengumpul wang bernilai AS$35,000 (RM143,000).
Seramai 10,000 pengunjung memenuhi pantai berkenaan.
#beramal #Florida #Krismas #Pantai Cocoa #papan luncur #peluncur air #Santa Claus