"Sarkas" sering dikaitkan dengan persembahan tradisional yang melibatkan haiwan seperti gajah, harimau, monyet dan peralatan seperti 'hula hoop' berapi dan sebagainya.
Namun, kelaziman itu sudah berubah dengan penggiat sarkas moden memberi fokus kepada kesan estetik secara keseluruhan dan karakter 'performer'.
Menurut Presiden Persatuan Seni Sarkas Moden Malaysia, Aifiq Khaikal, persembahan sarkas moden adalah antara cabang seni kontemporari yang memerlukan disiplin, bakat kordinasi, tumpuan mental dan tubuh badan.
"Sarkas moden ataupun 'flow art' adalah pergerakan seperti 'juggling' dan 'spinning' yang menggunakan 'props' sebagai sambungan kepada tubuh badan.
"Terdapat pelbagai 'props' yang kita gunakan. Kita ada 'poi', 'juggling clubs', 'buugeng', 'flow wand' dan macam-macam lagi," kata Aifiq dalam satu temubual khas bersama Astro AWANI ketika acara 'Let's Play' bersama Persatuan Seni Sarkas Moden di Kuala Lumpur pada Ahad.
Acara itu merupakan pelancaran penubuhan persatuan yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai aktiviti sarkas moden di Malaysia.
"Ini secara tidak langsung, membuka peluang kepada orang ramai khususnya golongan muda untuk terlibat dalam aktiviti luar yang sihat pada masa sama, meneroka bakat baharu.
"Selain itu, ia memberi kebaikan dari segi mental, kecergasan, kebolehan untuk bersosial terutamanya apabila kita dikelilingi oleh orang yang kreatif," kata Aifiq.
Antara perkara yang mahu ditekankan oleh Aifiq adalah untuk mengubah persepsi masyarkat mengenai aktiviti ini kepada lebih positif.
"Malaysia adalah negara yang memiliki ramai individu yang berbakat, bagaimanapun mungkin kita sendiri kadang-kadang pandang rendah kepada golongan ini.
"Kenapa saya buat benda ini kerana saya rasa ia unik dan saya patut kongsikan kepada masyarakat Malaysia. Ramai orang di Malaysia ini sangat unik dan berpotensi tinggi untuk memajukan masa depan negara," kata Aifiq.
Sehubungan itu, Persatuan Seni Sarkas Moden yang ditubuhkan pada Ogos 2015 kini giat mengadakan pelbagai acara persembahan dan bengkel kepada orang ramai di sekitar Kuala Lumpur.
Aifiq juga berharap persatuan ini akan mendapat sokongan kerajaan dalam usaha menggiatkan industri seni negara serta memudahkan pihaknya mendapat penajaan dan perancangan untuk mengadakan festival.
Dania Zainuddin
Sun Mar 27 2016
Sarkas moden ataupun 'flow art'adalah pergerakan seperti 'juggling' dan 'spinning' yang menggunakan 'props' sebagai sambungan kepada tubuh badan,
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Sarkas moden sebagai cabang seni kontemporari
Menurut Presiden Persatuan Seni Sarkas Moden Malaysia, Aifiq Khaikal, persembahan sarkas moden adalah antara cabang seni kontemporari yang memerlukan disiplin, bakat kordinasi, tumpuan mental.