[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
LIFESTYLE

#SaveTumblr: Kerajaan Indonesia tidak jadi sekat Tumblr?

Syafique Shuib 18/02/2016 | 08:28 MYT
Netizen Indonesia menggunakan hashtag #SaveTumblr kerana anggap tidak semua kandungan yang terdapat di laman blog itu berunsur lucah.
KERAJAAN Indonesia menjelaskan ia tidak akan menyekat Tumblr di negara itu, sebaliknya mahu laman blog itu untuk melakukan penapisan sendiri keatas kandungan lucah.
Kenyataan terbaru itu dibuat sehari selepas seorang pegawai kerajaan memberitahu BBC bahawa kerajaan republik itu akan menyekat sepenuhnya laman blog Tumblr kerana kandungan negatif.
Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman web Kementerian Komunikasi dan Penerangan Indonesia, ia meminta Tumblr untuk memantau dan menyekat atas inisiatif sendiri kandungan lucah yang terdapat di laman blog itu.
Satu panel akan menilai keberkesanan hasil daripada kerjasama ini.
“Hasilnya akan diserahkan kepada pihak kementerian sebagai pertimbangan untuk mengambil keputusan,” kata kenyataan itu.
Sebelum ini, netizen Indonesia menggunakan hashtag #SaveTumblr kerana menganggap tidak semua kandungan yang terdapat di laman blog itu berunsur lucah.
Sebaliknya, netizen @aadets berkata, Tumblr merupakan platform untuk meningkat kemahiran berbahasa Inggeris.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga yang berkata Tumblr merupakan sumber inspirasi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ini bukan kali pertama pihak kerajaan Indonesia campur tangan dalam urusan media sosial.
Minggu lepas, kerajaan republik itu menggesa perkhidmatan pesanan ringkas LINE dan media sosial seperti Twitter, Facebook dan WhatsApp untuk turut menghapuskan emoji bertemakan LGBT.
#Indonesia #media sosial #Tumblr