awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sawi kena ada di rumah, paling kurang seminggu sekali'

Keluarga
Keluarga
13/11/2022
04:45 MYT
'Sawi kena ada di rumah, paling kurang seminggu sekali'
Banyak khasiat yang ada pada sawi antaranya kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, zink, vitamin A, vitamin K, dan vitamin C. -Facebook Dr Mazliana
PELBAGAI buah dan sayur dalam pengambilan makanan harian dapat membantu memenuhi keperluan vitamin dan mineral dalam tubuh badan.
Ini semua antara kita sudah maklum. Pun begitu, tahukah anda dalam banyak-banyak sayur untuk dijadikan pilihan hidangan, Dr Mazliana Mazlan ini berkongsi satu info menarik tentang sayur sawi di akaun Facebooknya.
Apa keistimewaan sayur sawi ini hingga dicadangkan untuk perlu dihidangkan sekurang-kurangnya seminggu sekali?
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
"Sawi kena ada kat rumah paling kurang seminggu sekali. Antara sayur yang selamat untuk anak-anak makan.
Ajak anak makan sawi dari kecil. Ajar anak eczema untuk suka makan sawi, bagus untuk kulit mereka.
Kita boleh kenalkan anak dengan sawi seawal umur 6 bulan. Kisar buat puree boleh, masukkan dalam bubur nasi pun boleh.
Dulu saya suka buat bubur bayi, letak daging dan sawi sahaja, gula garam tak perlu pun. Tapi sedap sangat manis daging dan sawi, anak suka betul makan.
Sawi Bagus Untuk Kuliit
Banyak sangat khasiat yang ada pada sawi.
Antaranya kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, zink, vitamin A, vitamin K, vitamin C.
Sawi juga tinggi dengan antioksida dan bersifat antiradang. Bagus sangat untuk kulit. Sesuai untuk anak eczema makan.
Ramai tanya sayur apa bagus untuk anak eczema. Inilah dia sawi yang anda kena cuba sampai anak suka makan.
Saya pilih sayur sawi organik, tanpa racun serangga toksik.
Sayur sawi organik RM5 kalau masak sendiri satu keluarga boleh makan. Tambah bawang putih pun dah cukup sedap sebenarnya." -Keluarga.my
Sumber : Mazliana Mazlan
Topic Berkaitan
#sawi
#Organik
#Mazliana Mazlan
#menu sayur untuk anak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan