[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
LIFESTYLE

Selepas Apple, rakyat Malaysia serbu promosi RM29 Victoria's Secret pula

Madiha Abdullah 01/04/2018 | 13:12 MYT
Outlet Victoria's Secret di Kota Kinabalu ini diserbu kaum Hawa sehingga pintu cerminnya hampir tercabut. -Facebook Borneo
RAKYAT Malaysia sememangnya sangat peka dengan sebarang promosi harga murah.
Apa sahaja barangan, terutama sekali yang berjenama dan ditawarkan pada harga murah pastinya akan menjadi perhatian dan mencetuskan kegilaan.
Jika sebelum ini produk Apple, kali ini pula adalah produk label fesyen, Victoria's Secret.
Jenama itu yang terkenal dengan pelbagai produk untuk kegunaan wanita, mengadakan promosi selama dua hari untuk produk haruman (body mist) dan losyen.
Difahamkan, kedua-dua produk itu ditawarkan pada harga RM29 berbanding harga asal RM79.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tidak hairanlah, semua outlet Victoria's Secret di seluruh negara diserbu kaum Hawa sejak semalam.
Antara yang tular di media sosial adalah klip video yang dirakam di salah sebuah outlet label itu di Kota Kinabalu yang sedikit kecoh.
Gara-gara diserbu terlalu ramai pelanggan, salah satu pintu cermin cawangan itu hampir tercabut.
Tinjauan Astro AWANI di outlet sekitar Kuala Lumpur pula mendapati ada yang terpaksa ditutup sementara waktu kerana kehabisan bekalan.
#harga murah #Kota Kinabalu #media sosial #produk kecantikan #promosi #rakyat Malaysia #Victoria Secret #wanita