MUAR: Sebagai usaha memartabatkan pusaka warisan bangsa dan negara, Gelanggang Datuk Bentara Luar di Muar berusaha mengekalkan seni silat sendeng yang merupakan salah satu seni warisan di Johor.
Mempunyai nilai tambah dengan muzik tradisional menerusi persembahan gendang, seruling dan serunai, seni silat sendeng itu terus diperkasa dengan melatih golongan muda sebagai usaha memastikan warisan seni silat itu tidak terus lapuk dimakan dek zaman.
Penasihat kumpulan itu, Ahmad Rashid Ahmad Nordin berkata seni silat itu awalnya dikenali sebagai ‘Seni Silat Sendeng Muar', yang diasaskan oleh Allahyarham Abd Hamid Hamzah di Sungai Mati, di sini sekitar tahun 1950 an lalu.
Katanya, persembahan seni silat itu akan diiringi dengan bunyian gendang ibu dan anak, gong serta serunai menerusi tiga irama asas yang dimainkan iaitu Gendang Rentak Inai, Gendang Rentak Pahlawan dan Gendang Rentak Sendayung.
“Sendeng ini merupakan gabungan dua suku kata perkataan yang dicantumkan yang mana ‘Sen’ ini bermaksud tapak yang kukuh dan ‘Deng’ berasal dari perkataan ‘Dinding’ kerana dinding itu sesuatu yang teguh.
“Silat sendeng ini apabila pesilat itu menyendengkan badan mereka, dia akan lindung tujuh anggota penting badan iaitu muka, halkum, dada, hati, rusuk, perut dan juga kemaluan yang mana itu sedikit membezakan silat sendeng dengan seni silat biasa,” katanya kepada Astro AWANI.
Mengikut sejarah asal, ‘Sen’ berasal daripada perkataan ‘Senggam’ yang bermaksud kukuh, kuat dan rapi, manakala ‘Deng’ berasal dari perkataan ‘Dinding’ dan apabila digabungkan membawa maksud kedudukan atau tempat perlindungan yang kukuh dan selamat.
Ciri silat ini menggabungkan tiga aliran persilatan terkenal, iaitu Kuntau Telok Mas, Pukulan Sendeng dan Pukulan Sendeng 7 Hari.
Sementara itu, Pengerusi Gelanggang berkenaan, Hazmir Ahmad berkata, gelanggang yang terletak di Jalan Daud, di sini baharu memulakan operasi pada Februari lalu bagi menghidupkan kembali warisan Seni Silat Sendeng terutamanya dalam kalangan generasi baharu.
“Sejurus pembukaan gelanggang ini, kita dapat lihat permintaan silat ini agak tinggi kerana ibu bapa masih memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas silat sehingga ada yang hantar anak seawal usia empat tahun.
“Ini kerana seni ini merupakan salah satu seni yang perlu ada pewaris untuk teruskan warisan ini dan sebab itu kira-kira 50 pesilat yang berlatih di sini kebanyakkannya pelajar sekolah yang kita akan latih dari peringkat awal supaya warisan ini tidak lenyap,”katanya.
Sementara itu, bagi Wahidah Mohamad, 55, berkata, dia sememangnya sudah lama berhasrat untuk menghantar anak lelakinya yang berusia sembilan tahun belajar ilmu persilatan.
“Dulu kita tidak berkesempatan untuk menuntut ilmu warisan bangsa ini, jadi bila anak saya sendiri menunjukkan minat dengan seni persilatan ini tentulah saya tidak melepaskan peluang untuk hantar dia belajar,” katanya.
Bagi kakitangan awam, Syaza Izzaty Ismail, 32, yang menghantar anak sulungnya seawal usia empat tahun untuk belajar ilmu Seni Silat Sendeng itu katanya, dia dan suami berasa terpanggil untuk meneruskan warisan bangsa Melayu dan menyedari kepentingan silat dalam kehidupan seharian.
“Kebetulan memang anak sulung saya sangat aktif dan saya fikir ini adalah platform yang sesuai untuk saya terjemahkan sikapnya yang mana sekali gus membuka mindanya tentang betapa pentingnya ilmu persilatan ini.
“Saya sendiri juga dahulu ada belajar ilmu silat, tetapi tidak habis dan sebab itu saya mahu anak saya meneruskan warisan Melayu ini dan mengharapkan ibu bapa diluar sana mengambil langkah sama,” katanya.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Mar 11 2022
Seni silat sendeng terus diperkasa dengan melatih golongan muda sebagai usaha memastikan warisan seni silat itu tidak lapuk dimakan dek zaman. - Foto Astro AWANI
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Seni silat sendeng warisan tidak pernah pudar
Sebagai usaha memartabatkan pusaka warisan bangsa dan negara, Gelanggang Datuk Bentara Luar di Muar berusaha mengekalkan seni silat sendeng yang merupakan salah satu seni warisan di Johor.