KETIKA makan di restoran, rata-rata pengunjung agak jarang sekali meneliti aspek kebersihan premis makanan yang dikunjungi.
Mungkin anda beranggapan tiada keperluan melakukannya kerana pemilik dan pekerja sudah pasti menelitinya sebelum membuka restoran.
Namun apa yang ditunjukkan seorang wanita di TikTok ini mungkin mengubah persepsi anda.
Pemilik akaun TikTok @nosugar.pls berkongsi video mengenai apa yang dialami di sebuah restoran di Jakarta, Indonesia, lapor portal Suara.com.
Menurut video yang paparnya, ketika itu dia sedang makan bersama rakan di sebuah restoran yang cukup terkenal dan dikatakan mempunyai banyak cawangan di Jakarta dan Tangerang.
Namun persepsinya berubah apabila rakan-rakannya hendak menambah serbuk cili ke dalam makanan.
Mereka sangat terkejut apabila mendapati terdapat banyak serangga kecil di dalam bekas serbuk cili itu. Malah serangga itu masih hidup dan bergerak di dalam bekas kaca tersebut.
Melihat begitu banyak serangga yang bergerak di dalam bekas serbuk cili itu menyebabkan mereka langsung hilang selera makan.
Wanita ini turut mengingatkan netizen agar sentiasa berhati-hati ketika makan di mana sahaja, dan sentiasa memeriksa bekas tempat mengisi makanan atau perasa disediakan.
"Guys, berhati-hatilah ketika anda makan di mana sahaja, lihat dahulu kandungan balang itu.
"Rakan saya ingin mengambil serbuk cili di sebuah restoran di Jakarta, tetapi ada banyak serangga seperti ini.
"Langsung hilang selera makan," Dia menulis dalam video tersebut.
Posting ini juga telah menarik perhatian netizen.
"Astaga. Beritahu pemiliknya, agar dia segera ditegur.
"Teruk sangat ni, bagaimana jika pelanggan mengalami sakit perut," komen seorang netizen.
"Kenapa ada begitu banyak serangga di dalam balang rempah. Kotor betul," kata seorang lagi netizen.
"Oh, kalau sampai begini, maksudnya pekerja premis benar-benar acuh tak acuh?
"Tidak pernah teliti setiap rempah di atas meja. Geli melihatnya," komen netizen lain.
Rakaman video tersebut telah menjadi viral dan ditonton lebih 1 juta kali di TikTok.
Astro Awani
Wed Sep 22 2021
Melihat begitu banyak serangga yang bergerak di dalam bekas serbuk cili itu menyebabkan mereka langsung hilang selera makan. -TikTok @nosugar.pls
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
Agensi makanan Singapura benarkan serangga tertentu sebagai makanan manusia
SFA pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, "mealworm", ulat sutera, dan lebah madu.
Selepas asap kebakaran Kanada, penduduk New York rimas dihurung serangga halus
Serangga halus yang memenuhi ruang udara itu benar-benar membuatkan orang ramai berasa rimas hingga mengganggu aktiviti seharian mereka.
'Gila serangga' sejak usia tujuh tahun, Nazim kumpul puluhan mentadak unik
Baginya, minat mengumpul dan memelihara mentadak di rumah memberikannya satu kepuasan yang tidak boleh digambarkan.
Perubahan iklim cetus penurunan ketara dalam bilangan serangga
Penurunan biodiversiti serangga meletakkan fungsi ekologi penting ini dalam risiko, mengancam mata pencarian manusia dan keselamatan makanan.
Serbuk cili penuh serangga
Melihat begitu banyak serangga yang bergerak di dalam bekas serbuk cili itu menyebabkan mereka langsung hilang selera makan.
Belalang goreng berempah dapat permintaan tinggi
Permintaan tinggi terhadap makanan eksotik itu membuka peluang rezeki buat dua beradik Emi Zuhaida Husain dan adiknya Emi Zuhaika Husain.
Herpetofobia jadi inspirasi hasilkan produk halau serangga, reptilia
Serai wangi adalah bahan organik terbaik dan praktikal serta mesra alam untuk dijadikan sebagai bahan utama dalam produk penghalau serangga.
Mengadu sakit telinga, rupanya ada serangga berbisa tersekat
Seorang doktor di Luc Ngan, utara Vietnam berjaya mengeluarkan seekor serangga berbisa yang tersekat dalam salur telinga seorang wanita.
Sedia untuk bingit! Selepas 17 tahun, berbilion telur makhluk ini bakal menetas
Penetasan riang-riang yang dipanggil Brood X itu, bakal terjadi apabila tanah musim bunga yang semakin hangat mencapai paras suhu tertentu.
Spesies baharu cengkerik dinamakan sempena PM New Zealand Jacinda Ardern
Spesies baru cengkerik itu diberi nama Hemiandrus Jacinda kerana berwarna merah parti buruh dan 'berkaki panjang'.