JULAI lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) mengumumkan penurunan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 1.75 peratus ekoran pandemik COVID-19 yang melanda negara.
Penurunun itu merupakan OPR terendah pernah dicatatkan dalam sejarah negara setakat ini dan para penganalisis ekonomi menjangkakan angka itu akan menurun lagi.
Jelas, secara langsung, ia dilihat memberikan peluang baik kepada mereka yang bercadang membeli hartanah untuk memanfaatkannya.
Hal ini demikian kerana bayaran ansuran bulanan bakal dikurangkan serta mempengaruhi Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sesebuah bank.
Dengan kata lain, produk pinjaman perumahan menjadi lebih murah dan boleh memanfaatkan pembeli hartanah baharu dengan kadar faedah awal yang lebih rendah.
Selain itu, kerajaan juga memperkenalkan insentif cukai dengan mengembalikan semula Kempen Pemilikan Rumah.
Melalui kempen tersebut, pengecualian duti setem akan diberikan ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian kediaman yang bermula daripada RM300,000 hingga RM2.5 juta.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik adalah terhad kepada RM1 juta pertama nilai rumah kediaman tersebut manakala duti setem sepenuhnya diberikan ke atas perjanjian pinjaman.
Dalam Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) Jangka Pendek, beliau berkata, pengecualian ini akan berkuat kuasa bagi perjanjian jual beli yang ditandatangani mulai 1 Jun lalu hingga 31 Mei ini tertakluk kepada syarat pemberian diskaun sekurang-kurangnya 10 peratus oleh pihak pemaju.
Memahami situasi semasa, pemaju hartanah Seri Pajam Development Sdn Bhd (Seri Pajam) menawarkan rumah mampu milik pelbagai pilihan dengan seni bina terkini, moden dan harga berpatutan.
Bagi mereka berminat, boleh membuat janji temu secara dalam talian dengan perunding jualan bertauliah pemaju Seri Pajam untuk ‘merisik’ unit kediaman apartmen, rumah teres, rumah teres dua tingkat dan rumah semi-D menerusi kempen #KasiKlik sehingga 30 Jun ini.
Dengan berkonsepkan taman, ia juga dilengkapi dengan anjung kereta yang luas, ruangan besar untuk bekerja dari rumah, malah bilik mandi persendirian serta jubin yang mudah dibersihkan.
Penghuni juga tidak lagi perlu melakukan pengubahsuaian dalam skala besar, yang tentunya menjimatkan, mudah bukan?
Di samping itu, lokasi yang berhampiran dengan Lembah Klang memudahkan akses ke lebuh raya utama seperti Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), laluan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Putrajaya.
Kawasan perumahan juga dikelilingi pelbagai kemudahan infrastruktur menarik seperti Tabung Haji Hotel & Convention Centre, Aeon Nilai dan Kuala Lumpur International Outlet (KLIO).
Selain itu, ia juga dikelilingi dengan pusat pendidikan antarabangsa seperti INTI International University, Nilai University, Xiamen University Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Manipal International University.
Seri Pajam juga membuat promosi rumah teres dengan harga mampu milik, bermula serendah RM266,400, dengan bayaran ansuran hanya RM1,000 sebulan.
Kempen tersebut juga hadir bersama-sama dengan lapan pakej lain yang menguntungkan pembeli:
1. #KasiSenang - Kosong peratus bayaran kadar faedah sehingga 36 bulan*.
2. #KasiTengok - Pameran unit secara maya percuma.
3. #KasiSettle - Skim bimbingan kewangan peribadi.
4. #KasiMurah - Rumah teres (landed) bermula dari RM250,000.
5. #KasiLow - Tempahan dari RM99 sahaja.
6. #KasiSave - Subsidi sehingga 36 bulan*.
7. #KasiHOC - Kempen pemilikan rumah*.
8. #KasiUpgrade - Naik taraf rumah lama kepada baru*.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web di pautan http://seripajam.com.my/onlinesale atau menghubungi Atiqah (012-6700 287), Ain (017-6700 732) dan Aidil (012 6700149).
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
Ehsan A Marisah
Wed Mar 03 2021
Seri Pajam telah memenangi 'Best Safe Home Award' dan 'Highly Commended Property Single Unit Malaysia' pada 2015. - FOTO Seri Pajam Development
Lelaki dilaporkan hilang Khamis lepas ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Khamis lepas ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat lemas di Sungai Perak dekat Kampung Changkat Parah, Parit hari ini.
AWANI Review: Where Can Malaysia Lead in the AI Race?
To play big in the global AI race, Malaysia needs to step up - from consumer to producer. The big questions: Where can we truly make our mark in the AI supply chain? And do we have the talent to back it up? Sam Majid, head of the National AI Office, takes on the daunting task of turning bold ambitions into a reality.
FTA Malaysia-UK menerusi CPTPP dijangka tingkat pelaburan, perdagangan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata CPTPP adalah permulaan yang baik untuk syarikat mendapat akses ke pasaran di setiap negara dari aspek tarif dan kebolehcapaian.
AWANI Ringkas: Majlis perasmian diadakan di Stadium Sarawak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM tahan empat lagi individu disyaki terbabit kes rasuah pinjaman peribadi
SPRM menahan empat lagi individu kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan membantu memproses dan meluluskan permohonan pinjaman peribadi yang dikemukakan sebuah syarikat perunding kewangan.
AWANI 7:45 [18/1/2025] – Op Sky: empat lagi ditahan| Tiga ditahan kes pukul OKU| Permulaan positif 2025
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
1. Empat lagi direman Op Sky, perasuah laluan pinjaman peribadi digempur
2. Polis tahan tiga lelaki kes pukul OKU di pasar tani
3. PM bawa pulang RM11 bilion potensi pelaburan dari UK
4. Selepas lebih setahun, akhirnya gencatan senjata di Gaza pagi esok
1. Empat lagi direman Op Sky, perasuah laluan pinjaman peribadi digempur
2. Polis tahan tiga lelaki kes pukul OKU di pasar tani
3. PM bawa pulang RM11 bilion potensi pelaburan dari UK
4. Selepas lebih setahun, akhirnya gencatan senjata di Gaza pagi esok
Dua hakim maut, seorang cedera dalam insiden tembakan di luar Mahkamah Agung Tehran - Laporan
Dua hakim Mahkamah Agung Iran maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden tembakan di luar bangunan mahkamah itu di Tehran pada Sabtu.
Agenda AWANI Asia: Usaha tangani bencana alam
Apakah strategi dan pendekatan menangani bencana alam abad ini? Sejauh mana tahap kesedaran masyarakat awam terhadap kesiapsiagaan menghadapi bencana alam? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Tipu umrah: MOTAC teliti wajibkan syarikat pengendali punyai jaminan bank RM250,000
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang meneliti secara menyeluruh pelaksanaan mewajibkan syarikat pengendali umrah mempunyai jaminan bank sekurang-kurangnya RM250,000.
AWANI Ringkas: Minat pelabur asing mengukuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Seri Pajam tawar rumah mampu milik, konsep mewah
Seri Pajam juga membuat promosi rumah teres dengan harga mampu milik, bermula serendah RM266,400, dengan bayaran ansuran hanya RM1,000 sebulan.