awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setia si Boncuk, berhari-hari tunggu tuan di pintu hospital

Agensi
Agensi
23/01/2021
10:00 MYT
Setia si Boncuk, berhari-hari tunggu tuan di pintu hospital
Walaupun sudah dibawa pulang ke rumah oleh ahli keluarga yang lain, Boncuk tetap melarikan diri untuk terus menunggu tuannya di pintu hospital. - AP
ISTANBUL:Seekor anjing yang setia sanggup menunggu di hadapan pintu sebuah hospital di utara Turki selama berhari-hari, semata-mata untuk memastikan tuannya yang sedang dirawat segera sembuh dan membawanya pulang.
Anjing peliharaan yang diberi nama Boncuk itu, sebelumnya telah berlari mengikuti ambulans yang membawa tuannya, Cemal Senturk, ke hospital di bandar Trabzon pada 14 Januari lalu.
Sejak itu, ia membuat lawatan harian ke institusi kesihatan tersebut dan menunggu dengan setia di pintu utama, lapor agensi berita DHA.
Anak perempuan Cemal, Aynur Egeli, berkata dia sudahpun membawa Boncuk pulang ke rumah namun anjing itu akan kembali melepaskan diri dan berlari semula ke hospital itu untuk menunggu tuan kesayangannya.
Setiap kali pintu hospital terbuka, Boncuk akan menjengukkan kepalanya mencari kelibat wajah tuannya. - AP
Setiap kali pintu hospital terbuka, Boncuk akan menjengukkan kepalanya mencari kelibat wajah tuannya. - AP
Pengawal keselamatan hospital, Muhammet Akdeniz memberitahu: "ia datang setiap hari sekitar jam 9 pagi dan akan menunggu sehingga malam. Tapi, ia tidak masuk.
"Setiap kali pintu ini terbuka, ia akan menjengukkan kepalanya untuk mencari kelibat tuannya."
Pada Rabu lalu, Boncuk akhirnya disatukan kembalu dengan Cemal apabila tuannya itu selesai dirawat dan dibawa keluar menggunakan kerusi roda.
"Dia terlalu rapat dengan saya... dan saya sentiasa merinduinya juga," ujar Cemal yang sejurus itu pulang ke rumah bersama teman setianya.
Kegembiraan jelas terlihat pada aksi Boncuk apabila tuannya akhirnya dibenarkan pulang selepas menerima rawatan. - AP
Kegembiraan jelas terlihat pada aksi Boncuk apabila tuannya akhirnya dibenarkan pulang selepas menerima rawatan. - AP

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Topic Berkaitan
#boncuk
#anjing setia
#haiwan peliharaan
#Istanbul
#Turki
#shm
#weekender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan