awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shaik Rizal dilantik Pengerusi Balai Seni Negara

Saharudin Musthafa
Saharudin Musthafa
16/10/2023
02:00 MYT
Shaik Rizal dilantik Pengerusi Balai Seni Negara
Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (NVADB) mengumumkan pelantikan Shaik Rizal Sulaiman sebagai Pengerusi baharunya berkuat kuasa 9 Oktober lalu.
KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (NVADB) mengumumkan pelantikan Shaik Rizal Sulaiman sebagai Pengerusi baharunya berkuat kuasa 9 Oktober lalu.
NVADB dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, pelantikan Shaik Rizal dibuat oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
Berusia 51 tahun, Shaik Rizal ketika ini merupakan Pengarah Urusan Silverland Capital Sdn Bhd.
Pemegang ijazah sarjana pengurusan perniagaan dari University of Bristol, United Kingdom ini juga berpengalaman luas selama 25 tahun dalam bidang korporat termasuk menjawat pelbagai jawatan tinggi bersama konglomerat DRB-Hicom, Syarikat Prasarana Negara Bhd, MIMOS Bhd dan lain-lain.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Nagamas International Berhad iaitu sebuah syarikat pembangunan hartanah yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
Shaik Rizal juga pernah menduduki jawatan Pengerusi Harta Prima (anak syarikat MARA) pada 2020.
"Berdasarkan keupayaan pengurusan strategik beliau, Shaik Rizal dijangka membawa inovasi baharu kepada Balai Seni Negara dalam usaha memperkasakan lagi industri kesenian visual tanah air," kata NVADB lagi.
Topic Berkaitan
#Shaik Rizal Sulaiman
#Pengerusi Balai Seni Negara
#Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara
#Menteri Pelancongan Seni dan Budaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan