TUGASAN menyelamat haiwan sebenarnya tidaklah semudah yang dilihat.
Malah, ia adakalanya merupakan satu tugasan yang berisiko.
Itu yang dihadapi sekumpulan penyelamat Hope For Paws (HFP), sebuah organisasi menyelamat haiwan di California, Amerika Syarikat.
HFP pada Sabtu memuat naik sebuah video bagaimana mereka menyelamatkan seekor anak kucing yang ditemui sesat di lebuh raya.
Individu yang menemui kucing itu pada mulanya mahu menyelamatkan si comel itu sendiri namun tidak mampu berbuat demikian kerana ia menyorok di bahagian tayar kereta.
"Saya dihubungi seorang wanita, Nelly Barajas, yang memaklumkan menemui seekor anak kucing di lebuhraya. Kucing itu lari ke bawah kereta dan menyorok di bahagian tayar ketika mahu diselamatkan.
"Ia satu tugasan merbahaya kerana kereta ketika itu berhenti di tengah-tengah lebuh raya. Nelly tidak boleh mengalihkan keretanya kerana bimbang akan mencederakan anak kucing itu," katanya penyelamat, Eldad Hagar.
Hagar terpaksa menggunakan sebuah kamera khas untuk mengesan kedudukan anak kucing itu, dan berjaya 'menangkapnya' dalam masa beberapa minit sahaja!
Anak kucing yang dinamakan Bellflower itu kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan di Los Angeles. Ia disahkan dalam keadaan sihat dan menanti masa yang sesuai untuk ditemukan dengan adopter yang dipilih untuk memeliharanya.
"Bellflower masih takut-takut dan kami juga masih perlu memastikan kesihatannya di tahap 100 peratus sebelum dibenarkan dibawa pulang bersama adopter," kata Hagar.
Hagar yang sudah lebih lima tahun menjalankan aktiviti menyelamat haiwan, bagaimanapun berpesan kepada orang ramai agar tidak sesekali memberhentikan kereta di lebuhraya tanpa mengambil langkah keselamatan sepatutnya.
"Jika anda berada dalam situasi seperti ini, hubungi pihak yang bertanggungjawab seperti peronda lebuhraya, pasukan bomba atau pasukan penyelamat kerana ia sangat berbahaya jika dilakukan sendiri," tegas Hagar.
Madiha Abdullah
Sun Aug 16 2020
Bellflower berjaya diselamatkan walaupun penyelamatnya terpaksa mengambil risiko. - Foto/Facebook Hope For Paws
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Dakwaan lebih 10 ekor kucing mati akibat direndam air panas tidak tepat - Polis
Dakwaan punca kematian lebih 10 ekor kucing di Pasar Borong Jerantut, dekat sini akibat direndam dengan air panas, tidak tepat.
Klip video anak kucing masuk botol ditonton 49 juta kali
Anak kucing itu dilihat merangkak masuk dari mulut botol dan kemudian membuat pusingan 'U' dan keluar semula dengan menggunakan kaedah sama.
Siapa kata kerja menyelamat haiwan tugas mudah?
Tugas menyelamat haiwan merupakan satu tugasan yang berisiko.
Polis Pahang siasat dakwaan anak kucing dibakar
Persatuan Haiwan Malaysia berkata kejadian dipercayai berlaku di Pahang dan menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mereka yang mempunyai maklumat.
Polis siasat wanita pijak anak kucing sampai mati
Rakaman video berdurasi tiga minit itu memaparkan tiga wanita bergilir memijak anak kucing sehingga mati.
Kanak-kanak terperangkap atas bumbung, cuba selamatkan anak kucing
Mangsa yang juga kanak-kanak etnik Rohingya dipercayai melihat anak kucing terperangkap di atas bumbung bangunan berkenaan sebelum memanjat.
Sorok empat anak kucing dalam seluar, namun gagal perdaya Imigresen
Lelaki berusia 45 tahun itu berada dalam sebuah kereta dengan nombor pendaftaran Singapura di Tuas Checkpoint.
Masyarakat Muar tidak perlu terpengaruh dengan 'anak kucing' - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan masyarakat Muar untuk tidak terpengaruh calon yang disifatkan sebagai 'anak kucing' dan 'setahun jagung'.
Berang cinta ditolak, lelaki hempas anak kucing hingga mati
Kerana berang akibat cinta ditolak, seorang lelaki di China telah berkali-kali menghempas seekor anak kucing berusia dua bulan sehingga mati.