Ketua keluarga harus mengelak daripada terlalu sibuk hingga tiada ruang untuk meluangkan masa bersama keluarga, kata Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Katanya, amalan sering bersama keluarga dapat membentuk keluarga menjadi lebih harmoni.
"Ramai rakyat Malaysia khususnya umat Islam dilihat sentiasa dalam keadaan 'sibuk' hingga lupa tugas dan tanggungjawab untuk bersama isteri dan anak-anak.
"Jika dibiarkan berpanjangan boleh merencatkan perkembangan keluarga. Sibuk mencari rezeki tidak wajar dijadikan alasan," katanya dalam ceramah mingguannya di Masjid Syed Alwi di sini malam tadi.
Mohd Asri berkata pengalamannya tinggal dengan keluarga Islam di beberapa negara di Eropah dan Australia, melihat mereka begitu pentingkan keluarga dan sangat berbeza dengan masyarakat Islam di negara ini yang membazirkan banyak masa di luar.
Walaupun kebanyakan ketua keluarga di sana juga sibuk mencari rezeki pada siang hari tetapi mereka terus pulang ke rumah untuk bermesra dengan keluarga masing-masing, katanya.
"Kedai-kedai makan turut menutup perniagaan pada pukul enam petang dan ini secara tidak langsung menutup ruang untuk orang ramai melepak atau berbual kosong di kedai-kedai tersebut," tambahnya.
Mohd Asri menyarankan setiap ketua keluarga membawa anggota keluarga masing-masing menunaikan solat berjemaah di masjid dan mendengar ceramah agama yang memanfaatkan mereka.
Semalam, beliau turut melakukan prapelancaran program Perkampungan Sunnah Siri Keempat anjuran pejabat mufti Perlis dengan kerjasama kerajaan negeri bertemakan 'Kegemilangan Para Imam Mujtahid.'
Perkampungan Sunnah itu akan diadakan di Masjid Alwi pada 28 hingga 30 April.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2017
Ahli keluarga perlu lebih banyak menghabiskan masa bersama. - Gambar hiasan
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Perancis isytihar darurat, tentera dikerah
Perancis isytiharkan darurat di New Caledonia susulan rusuhan maut yang berlaku sejak dua hari lalu dengan mengerahkan tentera bagi mengawal pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa.
China bantah hukuman kolektif sasar penduduk Gaza
China membantah serangan ke atas Rafah dan hukuman kolektif yang menyasarkan penduduk Gaza, menurut jurucakap Kementerian Luar China.
'Masyitah mungkin terlepas kejohanan dunia di Filipina, tumpu proses pemulihan'
Atlet kayak negara Siri Nurul Masyitah Md Elias, mungkin terlepas menyertai Kejohanan Dunia Perahu Naga ICF 2024 di Filipina pada 30 Okt hingga 3 Nov depan selepas cedera parah dalam kemalangan.
Korban banjir lahar dingin ragut meningkat kepada 67 mangsa
Banjir yang dikenali sebagai lahar dingin di Indonesia mengorbankan 67 individu setakat Rabu, dengan 989 keluarga terjejas akibat bencana tersebut.
Pekerja kilang mabuk mengaku tidak bersalah
Seorang pembantu penyelia kilang mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga mencederakan atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias di kilometer 3.5 Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur, Sabtu lalu.
[TERKINI] Inflasi meningkat perlahan kepada 2.2 peratus tahun 2023
Ini laporan yang baharu kami terima.
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022 dengan mata indeks mencatatkan 130.4 berbanding 127.2 pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022 dengan mata indeks mencatatkan 130.4 berbanding 127.2 pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Pengamal media perlu rujuk Wisma Putra sebelum sertai misi bantuan NGO - Fahmi
Pengamal media perlu merujuk dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan khidmat nasihat dan garis panduan sebelum menyertai misi bantuan anjuran NGO.
Laporan KRI: Purata gaji rakyat Malaysia hanya naik RM56 setahun antara 2010-2019
Purata gaji rakyat Malaysia hanya meningkat sekitar RM56 setahun, terutama melibatkan golongan yang berada dalam kategori 50 peratus terbawah di negara ini. Khazanah Research Institute (KRI) dalam laporannya mendedahkan, tiada perubahan ketara berlaku dalam tempoh 10 tahun iaitu antara 2010 hingga 2019.
'Sibuk' bukan alasan tiada masa dengan keluarga - Mufti Perlis
Ketua keluarga harus mengelak daripada terlalu sibuk hingga tiada ruang untuk meluangkan masa bersama keluarga, kata Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.