KIRA-KIRA dua minggu lagi kita akan meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Musim perayaan merupakan satu masa yang dinantikan oleh kebanyakan individu kerana ia adalah masa untuk bergembira serta berkumpul bersama keluarga.
Bagaimanapun, ada juga di antara kita yang mengalami stres ketika menjelangnya sambutan hari raya. Ini dikenali sebagai 'festive stress' atau stres perayaan.
Mengikut skala inventori stres Holmes – Rahe (Holmes-Rahe stress Inventory), perayaan utama turut menyumbang kepada stres dan berada di tangga ke 42 dalam skala faktor penyumbang stres.
Di negara barat, ia sering dikaitkan dengan perayaan Hari Natal, tetapi di negara kita ia juga boleh diaplikasikan dengan sambutan hari raya yang merupakan sambutan perayaan utama di negara ini.
Cuma bezanya sebelum perayaan tersebut, kita melalui fasa berpuasa selama sebulan.
Amat penting untuk kita mengawal stres, terutamanya ketika kita berpuasa. Ini kerana stres secara umum akan menyebabkan berlakunya tindak balas fisiologi di dalam tubuh badan dan kesannya adalah lebih ketara apabila kita berpuasa.
Mengapa ini terjadi?
Apabila kita mengalami stres, badan akan merembeskan hormon stres yang dikenali sebagai kortisol. Kortisol ini sebenarnya membantu tubuh kita berhadapan dengan stres melalui pelbagai cara iaitu:
1) Meningkatkan gula atau glukosa dalam darah untuk membekalkan tenaga kepada otot-otot badan yang utama sebagai persediaan menghadapi tekanan.
2) Menghalang penghasilan insulin bagi mengelakkan daripada gula disimpan di dalam badan, sebaliknya gula akan digunakan serta merta dalam keadaan stres.
3) Mengecutkan saluran darah, manakala hormon epinephrin akan meningkatkan denyutan jantung menyebabkan jantung mengepam darah dengan lebih laju dan kuat.
Apabila stres dapat ditangani, barulah hormon kortisol ini kembali kepada paras normal.
Jadi apakah masalahnya?
Ia akan mejadi masalah apabila kita berhadapan dengan stres berterusan. Ini akan menyebabkan kortisol dirembeskan secara berpanjangan di dalam badan hingga mengakibatkan kesihatan terjejas.
Apakah kesannya pada orang yang berpuasa?
1) Mengakibatkan ketidakseimbangan gula dalam badan serta meningkatkan rasa lapar. Badan memerlukan gula yang tinggi ketika menghadapi stres. Ini menyebabkan badan terpaksa bekerja keras untuk menghasilkan gula.
Apabila berpuasa, gula yang diambil oleh badan adalah kurang daripada biasa dan ini menyebabkan badan akan berusaha mendapatkan gula dari sumber sedia ada dalam badan serta merangsang rasa lapar bagi membolehkannya mendapatkan lagi sumber gula.
2) Menganggu sistem penghadaman dan mengakibatkan ulser pada perut. Kortisol boleh menyebabkan ketidakhadaman kerana dalam tindak balas terhadap stres, badan akan mengutamakan organ yang lebih utama seperti jantung. Penghasilan asid dalam perut juga turut meningkat hingga cenderung mendapat gastrik atau ulser pada perut.
3) Cepat berasa letih disebabkan oleh denyutan jantung yang laju dan berterusan.
4) Merendahkan sistem imun badan dan menyebabkan mudah jatuh sakit. Terutamanya apabila pengambilan nutrisi dan air yang diambil tidak mencukupi ketika berpuasa. Oleh sebab itu adalah penting untuk kita mengambil makanan berkhasiat, seimbang serta air yang mencukupi ketika menjalankan ibadah puasa.
Setiap individu mungkin mempunyai faktor penyumbang stres yang berbeza .Untuk itu cuba kita lihat dan ambil langkah awal agar ibadah puasa serta sambutan hari raya kali ini dapat diraikan dengan gembira dan jika boleh bebas dari stres.
Antara faktor stres yang biasa dihadapi adalah:
1) Tidak dapat bercuti raya
2) Kekangan kewangan
3) Jalan yang sesak
4) Mengimbau kembali masa bersama ahli keluarga yang telah tiada
5) Masalah komunikasi bersama keluarga.
Apakah langkah yang dapat kita lakukan?
1) Tidak dapat bercuti raya
Maklum awal-awal pada keluarga jika anda tidak dapat bercuti ketika hari raya supaya mereka dapat membuat persediaan mental. Buat perancangan untuk apa yang anda bakal lakukan ketika hari raya walau terpaksa bekerja.
Jika suami yang bekerja, usahlah ditinggal sendirian sedangkan isteri dan anak-anak pulang beraya di kampung. Kita beraya bersama-sama. Pakai baju raya dan sediakan juadah raya juga walaupun cuma sambut sendirian ataupun bersama teman sepejabat.
Pejabat atau tempat kerja juga boleh adakan jamuan hari raya agar mereka yang bekerja dapat merasai suasana raya. Ada juga majikan yang berbesar hati menaja makanan untuk mereka yang bertugas dan ini juga merupakan satu langkah yang baik. Jangan lupa rancang aktiviti yang bakal anda lakukan apabila dapat bercuti nanti supaya anda ada sesuatu yang seronok untuk anda nantikan.
2) Kekangan kewangan
Merupakan masalah yang lazim dilihat dan dialami kerana banyak perkara yang memerlukan perbelanjaan menjelang lebaran dari pakaian, langsir, servis kereta, kuih-muih dan juga duit raya untuk anak-anak kecil.
Untuk itu, senaraikan keperluan yang hendak dibeli dari awal lagi. Kenal pasti yang mana yang perlu dan mana kehendak. Senaraikan mengikut kepentingan agar anda tahu mana yang harus didahulukan.
Letakkan had untuk setiap perbelanjaan agar tidak terlebih berbelanja. Pemberian duit raya juga secara sederhana. Beri ikut kemampuan individu. Seringkali tuntutan untuk memberi ini menyebabkan anda rasa tertekan.
3) Jalan yang sesak
Rancang perjalanan dari awal. Elakkan waktu kemuncak jika boleh. Atur perancangan perjalanan atau ziarah mengikut lokasi serta pantau dahulu kesesakan sebelum memulakan perjalanan.
Pada zaman ini applikasi seperti 'Waze' dapat membantu anda membuat pemilihan tempat yang ingin dikunjungi terlebih dahulu.
4) Mengimbau kembali masa bersama ahli keluarga yang telah tiada
Seringkali ketika berpuasa dan musim perayaan ini, anda teringat kembali ketika berada bersama tersayang terutamanya ibu dan bapa.
Usah bersedih sebaliknya ceritakan dan imbas saat-saat manis tersebut bersama keluarga yang masih ada.
Masak makanan kegemaran mereka dan berkumpul beramai-ramai seperti waktu arwah masih ada. Tidak semestinya tradisi keluarga turut hilang apabila ahli keluarga telah tiada.
Ziarah kubur serta sedekahkan doa buat yang telah tiada. Kukuhkan ikatan bersama saudara yang masih ada. Anda boleh juga mengunjungi rakan-rakan kepada ibu bapa anda walaupun mereka telah lama pergi.
5) Masalah komunikasi bersama keluarga
Membuat keputusan di mana untuk beraya juga boleh mendatangkan stres terutama di kalangan pasangan suami isteri serta adik beradik. Harus banyak bertolak ansur dalam perkara begini.
Ada pasangan yang membuat giliran untuk beraya mengikut tahun dan ada pula yang balik setiap tahun ke kampung isteri kerana ibu dan ayah suami tinggal bersama. Bagaimanapun, mungkin ada situasi di mana giliran tidak dapat dilakukan pada tahun tersebut. Untuk itu, persefahaman penting untuk semua pihak.
Adik beradik juga harus berbincang untuk beraya untuk elakkan kesemua beraya di rumah mertua serentak sedangkan ibu dan ayah beraya berdua. Apabila ramai pulang beraya serentak, banyak berlaku salah faham serta bermasam muka disebabkan perkara- perkara tertentu, contohnya perbelanjaan dapur, penggunaan bilik tidur yang terhad serta bebanan kerja rumah yang banyak.
Apa yang boleh dilakukan ialah mengutip sumbangan dari setiap keluarga untuk perbelanjaan dapur dan agih-agihkan tugas dari awal. Siapa yang perlu ambil tugas di dapur, mengemas, membasuh dan sebagainya.
Pembahagian bilik pula boleh dibuat lebih awal dan jika bilik tidak mencukupi, sewaan hotel atau 'homestay' boleh dibuat terlebih dahulu untuk elakkan berebut bilik di hari raya nanti.
Jangan lupa untuk maklumkan pada ibu dan bapa terlebih dahulu serta jelaskan sebab jika tinggal di hotel atau 'homestay' untuk mengelakkan mereka berkecil hati.
Antara cara yang paling baik untuk mengelakkan stres adalah dengan menjangkakan dahulu apa masalah atau tekanan yang mungkin timbul sebelum ianya berlaku.
Ini penting agar tindakan dapat dibuat terlebih dahulu untuk memastikan segalanya dapat berjalan dengan baik dan bebas stres.
* Dr Firdaus Abdul Gani adalah Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA)
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Dr Firdaus Abdul Gani
Thu May 23 2019
Antara cara yang paling baik untuk mengelakkan stres adalah dengan menjangkakan dahulu apa masalah atau tekanan yang mungkin timbul sebelum ianya berlaku. - Gambar hiasan
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.