awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami mangsa 9/11 pulang balik anugerah 'Women of The Year" kerana Caitlyn Jenner

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
17/11/2015
04:12 MYT
Suami mangsa 9/11 pulang balik anugerah 'Women of The Year" kerana Caitlyn Jenner
Seorang lelaki menyerah kembali anugerah isterinya "Woman Of The Year" kepada majalah Glamour selepas penerbitan itu memberi anugerah yang sama kepada Caitlyn Jenner baru-baru ini. - Foto AFP
SEORANG lelaki yang merupakan suami kepada seorang pegawai polis Jabatan Polis New York (NYPD) yang terbunuh dalam insiden serangan 9/11 di Amerika Syarikat memulangkan kembali anugerah yang diterima isterinya "Woman Of The Year" kepada majalah Glamour selepas penerbitan itu memberi anugerah yang sama kepada Caitlyn Jenner baru-baru ini.
Menurut portal BuzzFeed, James Smith, yang juga seorang pegawai polis NYPD, menulis surat terbuka kepada majalah itu di laman Facebook. Bagaimanapun, kenyataan itu kini telah dipadam.
Isterinya, Moira Smith, terbunuh ketika menyelamatkan mangsa-mangsa serangan di Menara World Trade Center pada 11 September 2001. Moira yang berusia 38 tahun itu adalah satu-satunya pegawai NYPD wanita yang terbunuh.
ll
ll
Kredit gambar: AFP
Dalam surat itu, Smith berkata bahawa beliau "terkejut dan sedih" selepas melihat majalah Glamour memberi anugerah yang sama kepada bekas atlet Olimpik yang baru membuat transisi sebagai wanita transgender.
"Saya mendapati ia menghina memori Moira Smith, dan memori wira wanita lain yang telah memperoleh anugerah ini.
“Saya hanya boleh meneka bahawa ini adalah satu aksi publisiti bertujuan untuk menghidupkan semula medium yang semakin melenyap," kata Smith.
"Setelah berbincang berkenaan anugerah ini dengan keluarga, saya telah membuat keputusan untuk menyerahkan kembali anugerah Moira kepada majalah Glamour."
k
k
Kredit gambar:AFP
Sementara itu, dalam satu kenyataan, majalah Glamour berkata kepada BuzzFeed bahawa mereka berdiri teguh dengan keputusan mereka untuk memberi anugerah itu kepada Caitlyn.
Menurut Glamour, mereka bangga untuk memberi pengiktirafan itu kepada pegawai polis Moira Smith pada tahun 2001.
“Caitlyn telah membantu membuka jalan kepada masalah yang dihadapi oleh remaja transgender serta berjaya memberi suara kepada golongan masyarakat yang sering dihindari.
“Anugerah Glamour ‘Women of the Year’ akan mengiktiraf semua wanita yang berani membuat perbezaan yang besar di dunia ini dengan cara yang tersendiri,” kata majalah Glamour dalam satu kenyataan.
Topic Berkaitan
#anugerah
#Caitlyn Jenner
#Glamour
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan