Sudah dapat putera idaman, Meghan Markel kini dilarang lakukan 9 perkara ini

Gempak
Mei 20, 2018 08:56 MYT
utera Harry dan buah hatinya, aktres Amerika Syarikat, Meghan Markle akhirnya mengikat tali percintaan mereka dengan perkahwinan di Gereja St George yang terletak di Istana Windsor pada Sabtu. - Foto Andrew Matthews / Pool REUTERS
MAJLIS gilang-gemilang perkahwinan diraja Putera Harry dan Meghan Markel telah berlangsung semalam.
Namun, usai menjadi puteri baharu kerajaan England, ada beberapa perkara yang Meghan perlu patuhi.
Berikut adalah senarai yang tidak boleh dilakukan Meghan selepas menjadi isteri Putera Harry.
BACA: Putera Harry, Meghan Markle langsungkan perkahwinan dalam majlis gilang-gemilang
BACA: Dari orang biasa ke istana: 7 kisah dongeng zaman moden
GALERI FOTO: Manisnya Majlis Perkahwinan Diraja Putera Harry-Meghan Markle
1. Tiada swafoto
Anda tidak akan melihat lagi sebarang selfie daripada Meghan selepas ini, sama ada bersendirian, berdua atau ber-wefie.
2. Tidak boleh berautograf
Atas dasar keselamatan bagi mengelak peniruan tanda tangan keluarga diraja, Meghan sudah tidak boleh memberikan sebarang autograf kepada peminatnya.
3. Tidak boleh mengundi
Menjadi neutral dan menghormati semua parti politik antara syarat yang perlu dipatuhi Meghan.
4. Tidak boleh menayangkan kaki
Pakar diraja, Victoria Arbiter menjelaskan orang ramai tidak akan melihat keluarga diraja tanpa memakai sarung kaki berona nude.
5. Tidak boleh beradu ikut suka
Pernah berlaku kejadian di mana Puteri Diana meminta izin untuk beradu lebih awal daripada Permaisuri Elizabeth dan perbuatan itu adalah tidak wajar.
6. Tidak boleh duduk bersilang kaki
Menjadi protokol istana untuk tidak duduk dalam keadaan bersilangkan kaki melainkan hanya hujung kaki sahaja.
7. Tidak boleh berlakon
Tiada lagi dunia glamor bagi Meghan selepas menjadi sebahagian daripada kerabat diraja.
8. Tidak boleh melancong bersendirian
Meghan akan dikawal 24 jam oleh pegawai perlindungan diraja.
9. Tiada manicure warna-warni, beg besar
Menurut StyleCaster, kerabat diraja dilarang untuk menyalitkan warna kuku selain warna neutral. Tiada lagi warna merah menyala atau ungu gelap bagi Meghan.
Selain itu, etika pemakaian diraja hanya membenarkan clutch atau beg kecil dibawa setiap kali keluar dari istana.
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: The List, Pens & Patron
#Britain #England #keluarga #Meghan Markle #perkahwinan #Putera Harry #Puteri #Queen Elizabeth II