Suhu badan anak terlalu tinggi boleh sebabkan sawan

Keluarga
Mac 27, 2022 03:20 MYT
Biasanya demam sawan boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia dari 6 bulan hingga 5 tahun. - Foto Pa&Ma
APABILA anak-anak demam ibu ayah memang akan risau. Tambah pula apabila suhu badan anak terlalu tinggi yang mana keadaan ini juga boleh menyebabkan demam sawan.
Biasanya demam sawan boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia dari 6 bulan hingga 5 tahun.
Semoga Perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai tanda-tanda dan gejala serta risiko demam sebegini berulang kepada si kecil mama dapat dijadikan panduan.
SAWAN DEMAM
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan.
Demam sawan adalah sawan yang berlaku dengan suhu badan yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak berusia dari 6 bulan hingga 5 tahun.
Sawan demam adalah sawan yang disebabkan oleh demam panas dalam kalangan bayi atau kanak-kanak kecil yang normal.
Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas doktor mendapati tidak ada punca-punca lain yang menyebabkan sawan selain daripada suhu badan yang tinggi (biasanya melebihi 38ºC).
TANDA DAN GEJALA
Majoriti besar sawan demam adalah tidak membahayakan. Tidak ada bukti kukuh yang mengatakan bahawa sawan demam boleh menyebabkan kerosakan otak.
Kajian perubatan mendapati kanak-kanak yang sawan demam memperolehi pencapaian yang normal di sekolah dan mempunyai tahap kecerdasan yang sama seperti adik-beradik lain yang tidak mengalami masalah sawan demam.
Malah dalam kes-kes yang jarang berlaku di mana sawan berlarutan sangat lama melebihi satu jam, didapati kanak-kanak tersebut juga pulih sepenuhnya.
FAKTOR-FAKTOR RISIKO UNTUK SAWAN DEMAM BERULANG
Usia muda (kurang daripada 15 bulan) semasa serangan sawan yang pertama.
APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN JIKA ANAK MENGALAMI SAWAN?
Baringkan anak anda secara mengiring sebelah kiri atau kanan.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
*Artikel asal di Pa&Ma

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
#jangkitan #sawan #deman #risiko