GAYA HIDUP
Sukan 'bidas' fenomena baharu di Kelantan
Selain karom dan catur, sukan lastik kini turut menjadi aktiviti yang menyatukan masyarakat pelbagai peringkat usia. - Gambar Bernama
KOTA BHARU: Permainan lastik atau "bidas" yang dahulunya sekadar hobi di halaman rumah kini berkembang menjadi sukan baharu yang semakin mendapat tempat di Kelantan.
Daripada kanak-kanak hinggalah warga emas, ramai tertarik dengan keunikan sukan rakyat yang kini dipertandingkan, lengkap dengan gelanggang, peraturan dan hadiah lumayan.
Sama ada di kampung, tepi sawah malah pada Program MADANI Rakyat (PMR) 2025, gelanggang lastik meriah dengan sorakan penyokong dan tumpuan terarah kepada anak batu yang membidik sasaran.
Penasihat Kelab Kubang Bemban Slingshot, Azizan Mat Ariffin berkata, sukan itu mula mencetuskan fenomena sejak beberapa tahun lepas dan semakin rancak dianjurkan di seluruh negeri.
Beliau berkata, selain karom dan catur, sukan lastik kini turut menjadi aktiviti yang menyatukan masyarakat pelbagai peringkat usia.
"Pertandingan berlangsung di segenap kampung pada waktu pagi, petang dan malam terutama pada hujung minggu Jumaat dan Sabtu. Secara ringkasnya sukan lastik atau slingshot telah didaftarkan di bawah kategori sukan rekreasi.
"Kita sedia maklum bahawa sukan ini mencerminkan gaya hidup sihat dan boleh dimainkan semua peringkat umur termasuk golongan veteran, belia dan kanak-kanak. Kelantan merupakan antara negeri paling aktif dan popular dalam menganjurkan pertandingan sukan ini berbanding negeri lain di Malaysia," katanya kepada Bernama sempena PMR 2025 Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata, sukan lastik juga boleh menjadi satu daripada bentuk terapi minda.
"Penglibatan golongan muda sangat tinggi. Mereka kini tidak hanya tertumpu kepada sukan seperti bola sepak atau sepak takraw, sebaliknya turut menjadikan bidas sebagai aktiviti riadah bersama rakan," katanya.
Seorang pengunjung, Mohd Fadzil Harun, 42, dari Pasir Mas berkata, dia sanggup datang awal pagi semata-mata bagi menyertai pertandingan lastik terbuka yang diadakan di reruai sukan.
"Saya memang minat lastik sejak kecil, tapi kali ini lain kerana suasananya meriah, ramai peserta dari pelbagai daerah. Ini peluang nak bertukar teknik dan belajar cara orang lain bermain," katanya.
Bagi Nurul Aqilah Mohd Nor, 27, dari Bachok, walaupun kali pertama mencuba, pengalaman memegang lastik membuatkannya teruja.
"Tak sangka susah juga dapat sasaran tepat. Tapi bila cuba, rasa puas hati. Kalau ada lagi program macam ni, saya nak bawa keluarga dan cuba sama-sama," katanya.
PMR 2025 Kelantan yang berlangsung tiga hari hingga esok diterajui MOSTI dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) serta disokong oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan lain.
Program ini menawarkan lebih 100 perkhidmatan terus kepada rakyat, pameran teknologi terkini serta pelbagai inisiatif mendekati masyarakat melalui pendekatan menyeluruh Kerajaan MADANI.
-- BERNAMA