KUALA LUMPUR: Sunway Malls menyerikan musim lebaran kali ini menerusi kempen 'Cahaya Raya' bersama komuniti autisme dalam mengiktiraf dan menghargai golongan berkenaan bagi memperjuangkan penerimaan mereka dalam kalangan masyarakat.
Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls and Theme Parks, HC Chan berkata, pelancaran kempen 'Cahaya Raya' itu diilhamkan daripada tradisi memasang pelita pada 10 malam terakhir Ramadan yang dilihat akan membawa cahaya kegembiraan kepada pengunjung di setiap rangkaian pusat membeli belah berkenaan.
"Acara pelancaran ini juga dijadikan inklusif yang mungkin bagi golongan autistik, dibuktikan dengan pemberian palam telinga bagi mereka yang sensitif dengan bunyi, di samping penyediaan zon senyap untuk tetamu lebih selesa menikmati majlis pelancaran ini.
"Kita juga haruslah berusaha untuk menjadi inklusif yang mungkin dengan tahap kemajuan sebuah masyarakat dicerminkan oleh sifat keterbukaan dan penerimaan anggotanya, inklusif adalah satu teras dalam organisasi kami," katanya pada majlis pelancaran Kempen Cahaya Raya di Sunway Putra Mall, di sini, semalam.
Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan adalah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Presiden Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), Datuk Megat Ahmad Shahrani Megat Shahruddin dan Pengerusi NASOM, Julian Wong.
Sementara itu, Yeoh berkata, program bersama golongan autisme adalah usaha berterusan Sunway Malls bersama komuniti setempat untuk membantu mereka yang memerlukan dalam setiap perayaan.
"Sebelum ini, mereka membantu barisan hadapan kita semasa (pandemik) COVID-19 dan semasa raya dahulu mereka membantu satu keluarga di Sungai Penchala untuk mengubah rumah mereka dan kali ini (membantu) keluarga yang mempunyai anak-anak autisme.
"Jadi saya melihat ini adalah satu sumbangan yang bermakna kerana ini usaha berterusan, tambahan lagi kita tahu pusat membeli-belah adalah tempat komuniti berkumpul. Sekiranya setiap pusat membeli belah mengadakan program kesedaran ini, ia akan membantu masyarakat Malaysia," katanya.
Tema 'Cahaya Raya' yang menyerikan kesemua pusat beli-belah Sunway mempersembahkan motif-motif Islamik pada gerbang masuk, ruang laluan dan pelbagai struktur yang menawan.
Arca dan karya 3D dengan unsur geometri, cahaya dan ruang juga dapat disaksikan serta elemen bulan dan bintang sebagai titik fokus pula menjadi simbol panduan dan diversiti.
Bagi memperkayakan lagi suasana 'Cahaya Raya', pengunjung dapat mengamati peragaan cahaya interaktif di setiap rangkaian pusat membeli-belah itu dengan inovasi hiasan digital tersendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023
Yeoh (tengah) bersama Chan (kiri) melihat terowong cahaya pada Pelancaran Sunway Mall Cahaya Raya di Sunway Putra Mall, pada Khamis. - Gambar BERNAMA
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Sunway Malls lancar kempen 'Cahaya Raya' bersama komuniti autisme
Kempen 'Cahaya Raya' itu diilhamkan daripada tradisi memasang pelita pada 10 malam terakhir Ramadan.
Normal baharu: Pusat beli-belah tingkatkan SOP, langkah keselamatan
Ketua Pegawai Operasi Pusat Beli-Belah Sunway, Kevin Tan berkongsi langkah yang dipraktikkan oleh pusat beli belah itu sebagai persiapan pembukaan sektor peruncitan.